PELAKON Scha Alyahya meluahkan rasa syukur selepas selamat menjalani pembedahan membu4ng ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) di pusat perubatan, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Scha, 37, dia menyedari masalah yang dialaminya selepas mengalami sakit pinggang dan sakit perut melampau ketika datang bulan pada Disember tahun lalu.
“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan.
Scha pernah menjalani pembedahan yang sama pada 2013.
“Akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.
“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya.

Pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya ini pernah menjalani pembedahan yang sama pada 2013 sebelum hamil anak sulung, Lara Alana.
Dalam pada itu, isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini memberitahu dia kini sedang berusaha untuk ham1l kali kedua.

Scha berharap dikurniakan cahaya mata kedua.
“Meskipun ada penghidap sama boleh ham1l, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak ham1l lagi.
“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk ham1l kali kedua. Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk ham1l, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” ujarnya.

Pelakon drama popular Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! ini mendirikan rumah tangga dengan Awal pada 2012 dan dikurniakan cahaya mata, Lara Alana yang kini berusia enam tahun.
Sumber: mstar
Leave a Reply