Lar4ng Masuk Dapur! 9 Tahun Berkahwin, Pasha Ungu Tidak Mahu Isteri Kena Minyak P4nas

VOKALIS kumpulan Ungu iaitu Pasha mendedahkan dia tidak membenarkan isterinya, Adelia untuk membuat apa-apa pekerjaan di dapur terutamanya memasak.

Menurut Pasha, ia gara-gara isterinya itu yang sering mengadu kerana kulitnya melepuh akibat terkena percikan minyak panas.

“Sudah beberapa kali dia terkena perc1kan minyak panas… setiap kali keluar dapur dia akan mengadu kulitnya melepuh di sana sini kerana terkena minyak.

“Awalnya saya akan minta untuk dia sering berhati-hati.

“Tapi kalau dah setiap kali memasak walaupun hanya masak pasta Indonesia atau mee goreng pun dia asyik mengadu saja… mungkin dia tidak boleh ke dapur lagi,” ujarnya.

Tambah Pasha, dia juga tidak memilih untuk isterinya itu sentiasa berada di dapur kerana bimbang akan keselamatannya.

 

Pasha mengakui bimbang akan keselamatan isterinya ketika berada di dapur.

 

 

Kata Pasha, segala tugasan melibatkan hal memasak akan diserahkan kepada pembantu rumahnya.

Bagaimanapun, pasangan ini sesekali lebih memilih untuk membeli makanan yang sudah siap dimasak di luar.

“Tak ada suami yang mahukan isteri yang tak pandai masak cuma zaman sekarang kan sudah berubah, lebih simple. Banyak saja makanan yang sudah siap dimasak dijual di luar.

“Dia (isteri) boleh memasak cuma saya pernah beritahu kalau dia rasa tak perlu masak pada hari itu, dia tak perlu masak.

“Apapun, saya suka makan nasi goreng yang dimasak olehnya lebih-lebih lagi ketika sarapan. Rasanya itu seperti seseorang profesional yang masak,” katanya.

Pasangan ini menikah tahun 2011, dua tahun setelah Pasha sah bercerai dari isteri pertamanya, Okie Agustina dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Keisha Alvaro Putra Sigit, Shakinah Azalea Napasha, dan Nasha Anaya Putri Valentina Pasha.

 

Menginjak usia perkahwinan yang memasuki 9 tahun, Pasha yang juga Datuk Bandar bagi kota Palu dan isteri tetap tampil romantis dan jauh dari sebarang kontroversi.

 

Kini menetap di Palu, Sulawesi Tengah, Pasha dan Adelia dikurniakan empat orang cahaya mata, Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Princess Kayla Mutiara Pasha.

Sumber: Liputan6

Kredit: Mstar via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*