Tiada lagi mesej daripada ayah

KUALA LUMPUR: Tiada lagi pesanan melalui telefon bertanya bila mahu pulang, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya terasa hidupnya kosong selepas pemergian ayah tercinta.

Penyanyi Bertakhta Di Hati itu mengaku dia seperti hilang arah dan sentiasa merindui detik bersama arwh.

 


”Arwh selalu menghantar mesej bertanya di mana saya berada, bila mahu pulang dan macam-macam lagi.

“Ayah selalu berpesan jangan balik lambat sangat… Sekarang semuanya sudah tiada. Saya rasa hidup ini kosong. Saya jadi ‘lost’ dan hilang tempat bermanja,” katanya kepada BH Online.

Pada 9 Januari lalu, bapa Farahdhiya, Mohd Amin Zubir, 68, men1nggal dun1a di sebuah pusat perubatan, di sini, pada jam 11.55 pagi.

 


Allahy4rham menghidapi masalah Sekatan Pulmonari Kronik (COPD), iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya dipercayai akibat tabiat merokok, sejak lima tahun lalu.

Farahdhiya berkata, ayah selalu menjadi ‘teman borak’ di mana mereka akan bercerita mengenai pelbagai perkara.

“Macam-macam hal kita kongsi termasuk mengenai sesiapa yang saya baru kenali.

“Arwh tidak lupa nasihat agar saya tidak tersilap langkah dalam membuat keputusan. Malah, saya akan rujuk dia sebelum mengambil apa-apa tindakan,” katanya.

 

Farahdhiya mengaku dia dan ayah tidak pernah berenggang. Sehubungan itu, dia tidak kisah jika digelar ‘anak bapa’ dalam kalangan keluarga.

“Sebenarnya, sukar untuk saya menerima takdir tertulis ini. Namun, saya reda. Saya berdoa agar Tuhan permudahkan segala-galanya untuk saya teruskan hidup ini tanpa ayah.

“Saya hilang tempat bergantung dan mengadu… Dialah nyawa saya selama ini,” katanya.

 

Teman baik Datin Rabecca Nur Al Islam dan Fasha Sandha ini mengaku sangat rindukan arwh.

“Setiap kali saya bangun tidur, saya terus menuju biliknya. Kalau sebelum tidur, saya mesti jumpa ayah.

“Kalau saya tidak bekerja atau terikat dengan urusan seni, sepanjang masa saya akan duduk bersama ayah dan memasak untuknya.” katanya yang berusaha seboleh mungkin menyajikan hidangan diminati ayah ketika hayatnya.

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*