[FOTO] Pelakon Kacak Dindong Dantes Dilantik Barisan Askar Tentera Laut Filipina, Tahniah!

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai foto pelakon kacak kelahiran Filipina iaitu Dingdong Dantes memakai baju seragam Angkatan Tentera Laut. Foto tersebut ternyata menjadi tanda tanya ramai pihak mengapa pelakon itu berpakaian sedemikian.

Menerusi CNN Philippines, Dingdong Dantes telah sah bergelar Komander Leftenan di Angkatan Laut Filipina. Foto yang tersebar itu diambil ketika dia menghadiri majlis pelantikan tersebut bersama keluarga dan isteri tercinta. Tahniah!

Segaknya!

 

 

 

 


Tahniah Dingdong Dantes!

 

Dikirim oleh Makcik kepoh pada Selasa, 28 Januari 2020

Menurut CNN Philippines, Dantes bakal mengetuai sekumpulan Tentera Laut Filipina pada hari Ahad ini untuk memberikan bantuan kepadai pelarian Taal dan turut dibantu oleh Yes Pinoy Foundation. Menurut sumber itu lagi, pelakon itu bukanlah selebriti pertama yang berkhidmat sebagai tentera. Pada tahun 2019, Matteo Guidicelli menjadi orang awam yang pertama menamatkan latihan Pengakap Tentera Darat dengan pangkat Leftenan.

Pada tahun yang sama, pelakon-pelakon Gerald Anderson, Elmo Magalona, Yves Flores, Jerome Ponce, dan Nash Aguas, dianugerahkan pangkat swasta berikutan latihan Scout Ranger selama tiga hari yang ketat. Sebelum ini, Dingdong pernah memasuki rejim marin pada tahun 2006 namun, dia meninggalkannya. 2017 merupakan tahun di mana dia menyertai semula pasukan tersebut dan menerima pangkat Master Sarjan.

Sumber: CNN Philipines

Kredit: ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*