Anak Billionaire Rusia Sewa Rumah Flat Dua Bilik, Guna Kenderaan Awam

Jarang kita mendengar kisah orang kaya yang hidup secara bersederhana. Lebih-lebih lagi jika mereka merupakan seorang anak muda yang mempunyai pelbagai keinginan.

Namun itulah yang dilakukan oleh Alexander Fridman dari Moscow yang juga merupakan anak kepada billionaire ke-11 terkaya di Rusia.

 

Bapa Alexander, Mikhael Fridman yang terlibat dalam industri perbankan, minyak, dan komunikasi memiliki nilai bersih sebanyak 13.7 bilion USD (RM 55,902,850,000.00) menurut Bloomberg Billionaires Index.

 

Walau bagaimanapun, Alexander masih menyewa flat dua bilik bernilai USD 500 sebulan (RM 2,040.25) di pinggir bandar Moscow. Dia juga hanya menggunakan tren untuk pergi kerja.

Menurut remaja itu, kehidupannya termasuk makanan, pakaian dan tempat tinggalnya semua adalah dari hasil yang diperolehinya sendiri.

 

Alexandar menamatkan sekolah menengah di London tahun lepas sebelum memulakan perniagaan pertamanya 5 bulan lalu, sebuah syarikat pengedaran SF Development dengan 5 orang pekerja dan pendapatan sebanyak USD 405,000 (RM 1,652,602.50).

Selain itu anak billionaire itu juga memulakan perniagaan lain mengedarkan hookah ke restoran-restoran di Moscow.

 

Kini dia dalam proses untuk membuka perniagaannya yang ketiga, BloggerPass yang merupakan satu firma pemasaran dalam talian pada bulan hadapan.

 

 

Walaupun Alexander tidak mendapatkan sebarang bantuan kewangan daripada bapanya sebaik dia melangkah ke alam dewasa, tidak dapat dinafikan perjalanan hidupnya lebih mudah berbanding orang biasa. Syarikat pengedarannya juga menghantar banyak produk ke kedai runcit ayahnya di samping kedai-kedai lain.

 

Namun dia percaya bahawa pengurus perniagaan tidak akan menggunakan produk dan servisnya hanya kerana dia adalah anak kepada pemilik syarikat.

Sumber: Bloomberg

Kredit: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*