Amar, Amyra Rosli dapat anak kedua

IMPIAN pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli untuk menimang cahaya mata kedua pada 2 Februari 2020 menjadi kenyataan apabila Amyra selamat melahirkan bayi perempuan pagi hari ini.

Amar memaklum perkara itu menerusi Instagram hari ini.

Bayi sihat dan isteri juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” tulisnya.

 

 

Terdahulu, sempena ulang tahun Amar yang ke-34 Ogos tahun lalu, Amyra membuat kejutan terindah apabila dia mengesahkan hamil anak kedua dan berharap dapat bersalin pada 2 Februari atau 02022020.

 

 

Antara komen rakan artis dan warganet:

 

 

Terdahulu, dalam satu majlis di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini , Amyra membuat kejutan istimewa terhadap suami yang menyangka kehamilan kali kedua turut dikurniakan anak lelaki.

Bagaimanapun, rahsia yang disimpan selama dua bulan itu akhirnya dibongkar Amyra kerana sudah tidak dapat menyimpan berita gembira itu daripada pengetahuan suami.

“Ibu dan adik saja yang tahu saya bakal melahirkan cahaya mata perempuan untuk anak kedua ini.

“Ketika doktor mengesahkan jantina anak kali ini, mulut memang ringan nak beritahu Amar lebih awal, tapi saya terpaksa tunggu sehingga majlis pengumuman jantina anak diadakan bagi memberi kejutan kepadanya.

“Amar benar-benar terkejut dengan pengumuman ini kerana dia bermati-matian ingat kehamilan kedua ini adalah anak lelaki,” katanya.

Kehadiran cahaya mata perempuan sememangnya menjadi impian Amar dan Amyra kerana ia turut menjadi impian setiap pasangan yang berkahwin.

“Ketika kami sekeluarga menunaikan umrah tahun ini, antara doa yang sering kami pohon adalah dikurniakan anak perempuan.

“Namun, jika anak yang bakal dilahirkan adalah lelaki, saya berharap dia sihat dan sempurna. Kami memang mahukan anak perempuan sebab dapat sepasang dan ia diimpikan setiap pasangan yang berkahwin.

Bersyukur Allah makbulkan doa kami dan beri rezeki ini,” katanya.

Menurut Amyra, sepanjang kehamilan kedua ini, dia tiba-tiba rajin di rumah apabila kerap memasak dan mengemas hingga dimar4hi suami.

Amar menikahi Amyra pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun tiga bulan.

 

sumber: metro online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*