“Sekarang Masa Sesuai Undvr Diri” – Selepas 30 Tahun, Aziz M. Osman Mahu Berhenti Jadi Pengarah

Pengarah terkenal Aziz M. Osman mengumumkan sudah bersedia untuk mengundurkan diri daripada dunia seni.

Kata Aziz, 57, dia mahu memberikan ruang dan peluang kepada pelapis muda untuk mengembangkan bakat dalam bidang pengarahan dan perfileman.

“Alhamdulillah selesai menjadi tenaga pengajar selama 4 hari di #masterclassfinas. 

“Selama lebih 30 tahun saya menjadi pengarah filem, sekarang masa yang sesuai untuk saya mengundurkn diri dan memimpin pembikin filem muda. 

“Satu evolusi yang terbaik…insya-Allah,” tulis Aziz menerusi entri terbaharu di Instagram.

 

Pengumuman Aziz itu mencetuskan rasa hiba dalam kalangan peminat yang membesar dengan karya-karya hebatnya sekitar 1990-an.

Malah, ada yang menyifatkan ketiadaan Aziz kelak tidak akan berganti.

“Terima kasih abang segala karya-karya… Tahniah and proud of you,” tulis salah seorang pengguna.

“Saya membesar dengan filem-filem abang,” tambah pengguna lain.

“Terbaik abang… Moga abang melahirkan seseorang yang berbakat macam abang,” sahut pengguna lain.

 

Sedikit biodata Aziz M Osman

 

Aziz M. Osman (lahir 2 Oktober 1962) merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem Malaysia dan anak kepada penyanyi veteran Allahyarham M. Osman. Beliau terbabit dengan bahagian lain dalam perfileman Malaysia juga, menjadi pengarah, penulis skrin, dan penyunting. Aziz yang kini merupakan lembaga pengarah di syarikat produksi miliknya, Ace Motion Pictures Sdn Bhd. Filem-filem arahan beliau banyak mencerminkan aspek kerohanian dan nilai-nilai Melayu yang unik.

 

Aziz pernah menghasilkan naskhah hebat antaranya Baginda, Femina, XX Ray, Seri Dewi Malam, Senario The Movie, Puteri Impian dan Gila-Gila Pengantin.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*