“Eh tu Sjat, tu Sjat!” – Jemaah kongsi foto Sajatt sedang khusyuk berdoa, PU Amin sangkal sudah dibawa keluar dari Makkah

ISU Nur Sajatt berpakaian wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah terus mendapat perhatian masyarakat yang ingin mengetahui perkembangan terkini usahawan kosmetik itu.

Pada Isnin, agensi penggembaraan yang membawa Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajad itu membuat kenyataan kepada beberapa portal berita bahawa ahli perniagaan itu sudah dibawa keluar dari Makkah.

 

PU Amin mendedahkan perkara itu di laman sosial Instagramnya.

Bagaimanapun, pendakwah bebas dan mutawif Pencetus Ummah (PU) Amin memberitahu beberapa jemaah dan kawan-kawannya masih terserempak dengan selebriti laman sosial itu ketika membuat saie.

“Ramai kawan-kawan dan sebahagian jemaah umrah saya tadi jumpa Saj4t dan kawan-kawannya di tempat saie tadi.

“Mereka masih bertudung dan sedang buat saie. Ramai muslimah terkejut dan tak sempat ambil gambar dan hanya sebut

‘eh tu Sajatt tu Sajatt'” tulisnya di Instagram.

Jadi yang kata Sajat kena tangkap dan dibawa keluar semua tu tak betul. Dia masih ada di Masjidil Haram, Makkah.

PU AMIN

MUTAWIF/PENCETUS UMMAH

Kata PU Amin, berita penangkapan Sajatt dan sudah dibawa keluar itu tidak benar kerana individu itu masih berada di Masjidil Haram.

Justeru itu, PU Amin yang kini berada di sana meminta kaum wanita menjaga aurat sebaiknya walaupun berada di kawasan solat muslimah.

Tambahnya, beberapa jemaah sudah membuat laporan berkaitan perkara itu kepada pihak berkuasa di sana.

“Jadi yang kata Sajatt kena t4ngkap dan dibawa keluar semua tu tak betul. Dia masih ada di Masjidil Haram, Makkah.

“Kepada semua jemaah muslimah pelihara aurat sebaiknya walaupun kalian berada di kawasan solat muslimah.

“Sebahagian jemaah umrah di sini ada buat laporan polis tadi,” ujarnya.

 

Perkongsian seorang jemaah yang sedang menunaikan umrah. -FOTO FB Nur Hidayah Rozlan.

Sementara itu seorang jemaah Malaysia, Nur Hidayah Rozlan menerusi laman sosial Facebooknya turut memuat naik foto Sajat yang sedang khusyuk berdoa.

“Jumpa Saj4t di kota Makkah masa nak tawaf wada’… kata dah kena tangkap? Agensi kata dah keluar dari Makkah? Tipu juga ke?”

“Masalahnya saya jumpa dia

tengah khusyuk berdoa depan pintu Multazam,” tulisnya.

Sebelum ini, media sosial digemparkan dengan berita Saj4t lengkap berpakaian wanita termasuk bertelekung ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

Saj4t dipercayai menunaikan ibadah itu bersama ahli keluarga dan anak angkat serta beberapa rakannya.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*