
Sekian lama dinanti-nantikan, akhirnya malam ini final Anugerah Juara Lagu ke-34 sudah dapat ditonton peminat muzik tanah air sebentar tadi.
Bagaimanapun, sebelum itu juga sudah menjadi kebiasaan, selebriti tanah air akan melaram disesuatu anugerah dan nampaknya malam ini juga ramai selebriti wanita mahupun lelaki kacak dan cantik bergaya di karpet merah. Ini antara yang dikongsikan menerusi laman Instagram.
Nabila Razali bergaya di karpet merah AJL 34
Cantik dan kacak di karpet merah AJL 34
Ternyata, pasangan popular iaitu Eira Syazira dan Azad Jasmin juga hadir memeriahkan malam Anugerah Juara Lagu yang ke-34 ini. Tersenyum manis pasangan pelakon sweet ini.
Selain itu terdapat juga beberapa rakaman video selebriti seperti Elizabeth Tan, Ain Edruce, Nabila Razali dan pasangan sweet Malaysia, Eira Syazira dan Azad Jasmin.
Kelihatan selebriti-selebriti popular ini sempat posing dengan penuh gaya di malam yang cukup meriah ini.
Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) ini umumnya diketahui ramai ianya secara langsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.
AJL 34 ini telah mempertaruhkan sebanyak 12 karya daripada penyanyi-penyanyi hebat dan dihangatkan pula dengan selebriti, Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni sebagai pengacara. Agak-agaknya siapa bakal membawa pulang gelaran juara ye? Sama-sama kita nantikan.
Sumber: TV3 Malaysia
Kredit: HCL
Leave a Reply