[FOTO] Tapau Persembahan Terbaik, Isteri Hafiz Suip Jadi Tumpuan, Cantik Sungguh!

Anugerah Juara Lagu (AJL34) sudahpun melabuhkan tirainya malam tadi apabila ‘Sumpah’ nyanyian Naim Daniel dinobatkan sebagai Juara Lagu. Tempat kedua pula, dibawa pulang oleh Aman Ra dengan lagu ‘Bangun’. Manakala, ‘Anta Permana’ dendangan Bob Yusuf yang menggantikan Siti Nurhaliza di tempat ketiga.

Persembahan terbaik dan vokal terbaik ‘ditapau’ juara rancangan realiti, Hafiz Suip. Tidak menggunakan terlalu banyak probs, Hafiz Suip memukau hati juri dengan penampilan khas isteri yang sedang hamil.

Romantik

 

 

 

Momen romantis di atas pentas berjaya mencairkan hati sesiapa sahaja yang memandang, dan tentu sekali wajah kesayangan Hafiz itu mendapat perhatian ramai. Memang cantik, tak jemu memandang! Difahamkan, isteri, Nureffy Jasreel Abdullah sedang sarat hamil anak kedua selepas melahirkan anak sulung pada Disember 2017.

Cantik sungguh

 

 

 

 

 

Malahan, ramai yang memuji ‘effort’ yang ditunjukkan Hafiz dengan hanya menampilkan isterinya tanpa sebarang props yang sarat. Mesej utama ditujukan buat insan tersayang dapat dirasai oleh semua penonton yang melihat secara langsung dan kaca televisyen di rumah. Sweet!

Video penuh

 

 

Sumber : nureffyj , twitter

Kredit: Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*