“Malam MLM 2019 Bila Saya Menang, Abam Peluk Saya Lama-Lama, Dia Kata…” – Ali

Kita telah dikejutkan dengan berita pemergian pelawak terkenal yang tidak disangka-sangka pada awal pagi semalam. Allahyarh4m Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan nama Abam Bocey telah pergi meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki yang baru sahaja berusia 8 bulan.

Pelawak Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, tidak dapat menahan sebak ketika mengimbas kembali kenangan bersama arwh abangnya, Abam.

 

Ali berkata, pemergian Abam atau Allahyarh4m Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, memberi kesan mendalam terhadap dirinya.

“Tahun 2010 keluarga kami masih makan nasi dengan garam.  Kehidupan kami susah selepas bapa kami meninggal pada 2009.

“Saya ada cakap pada dia, nanti kita kerja cari rezeki untuk keluarga kita. Tapi Abam memang seorang yang hebat.

“Dialah yang ubah kehidupan kami sedikit demi sedikit dengan kejayaan dan pencapaian yang dia dapat.

“Dia ada pesan, kita jangan memilih dan berkira dengan kerja asalkan kita dapat bantu emak dan keluarga,” katanya.

Bagaimanapun kata Ali, kenangan pada malam final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 yang lalu akan tersemat di hati buat selamanya.

“Selepas kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara, Abam orang pertama yang datang dan peluk saya lama-lama, kuat-kuat.

“Kau adik aku yang hebat…Kau handal sebab dapat kalahkan abang kau!

 

“Lepas tu saya cakap pada dia aku menang untuk kita bang, bukan untuk orang lain. Tapi saya tak sangka itulah kali terakhir saya dan dia di pentas bersama,” katanya sebak.

Allahyarh4m Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28 dan anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 8 bulan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.

Jenazahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang dan disolatkan lebih 720 jemaah.

Sementara Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusi dibanjiri 2000 orang ketika jen4zah dikebumikan kira-kira pukul 7.30 malam Isnin.

Semasa majlis pengebumiannya berlangsung, ribuan peminat, sahabat handai serta ahli keluarganya telah hadir untuk memberikan penghormatan terakhir terhadapnya.

 

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*