Kemiskinan Tidak Menghalang Anda Untuk Menjadi Pembersih

Kisah keluarga yang susah telah membuka mata ramai pihak, kita yang mampu ini perlu membantu mereka supaya menjadi insan yang lebih positif seterusnya berguna pada masa hadapan. Tahukah anda terdapat 3 beza kemiskinan?

Yang pertama, miskin harta, yang kedua miskin nilai dan yang ketiga adalah miskin iman. Kita akan bahaskan dua kemiskinan yang terjadi di malaysia yang itu harta dan miskin nilai.

Pengguna facebok bernama Ahmad Fayadh telah berkongsi perbezaan tentang 2 kemiskinan ini di Facebook miliknya. Yang membezakan antara orang miskin harta dan juga miskin nilai; dengan orang yang miskin harta tetapi kaya dengan nilai. Adalah sejauh mana tahap nilai nya pada diri dan keadaan keliling.

Contoh ini adalah Orang yang miskin harta tetapi kaya dengan nilai.

Jawapannya adalah kebersihan, walaupun keluarga ini kurang berkemampuan daripada segi wang ringgit, tetapi ianya bukan syarat untuk tidak mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Rumahnya yang diperbuat daripada kayu sangat kemas, bersih dan sejuk mata memandang meskipun kelengkapan tidak mencukupi dan tak semewah rumah orang kaya.

Tak ada secebis habuk langsung atau bau busuk kerana kebersihan dijaga, inilah namanya kaya pada nilai. Orang seperti inilah yang sepatutnya dibantu kerana tengok pada rumah sahaja pun kita dah tahu bahawa mereka orang yang rajin. InshaAllah kita akan usahakan bantuan.

Ianya amat berbeza dengan kebanyakan rumah orang miskin lain yang mana saya klasifikasikan sebagai orang miskin harta dan miskin nilai. Sudahlah serba kekurangan, tak bersih, tak bersapu, tak buang sampah berminggu-minggu dalam rumah, tak berkemas. Yang mereka tahu hanyalah nak meminta bantuan. Miskin bukan syarat untuk tidak mengamalkan kebersihan.

Nak kemas rumah tak perlu tunggu kaya pun. Hanya perlu kerajinan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*