Rumah Hantu Dijadikan Sebagai Pusat Kuarantin

Menurut laporan berita negara jiran kita yaitu Indonesia, mereka telah memilih rumah yang ditinggalkan sebagai pusat kuarantin baru mereka.

Disebabkan bosan dengan sifat individu yang telah melanggar perintah untuk kuarantin. Pihak bertanggungjawab di Jawa Tengah telah memutuskan untuk mengkuarantinkan individu langgar perintah kuarantin di dalam rumah lama yang ditinggalkan atau lebih tepat digelar berhantu

Pihak indonesia mengambil keputusan itu selepas mendapati kemasukan yang banyak ke Sragen.   Ramai individu yang baru tiba tidak mengikuti arahan untuk menjalani kuarantin selama 14 Hari. Keputusan ini perlu dibuat memandangkan pulau jawa padat dengan penduduk.

Lima orang individu telah di minta untuk tinggal di rumah kosong berhantu, mereka telah meletakkan individu langgar kuarantin ke dalam rumah lama dan tidak berpenghuni. Sebagai langkah keselamatan mereka ditelakkan di kawasan berasingan dan diasingkan dengan langsir.

Sebagai langkah keselamatan, mereka diletakkan di ruangan berasingan dengan katil diasingkan dengan langsir. Jikalau perkara ini dilakukan di Malaysia adakah orang kita sanggup tinggal di rumah berhantu?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*