Isa Khan dan Risteena sudah bertunang

PELAKON dan penyanyi Isa Khan, 26, mengumumkan sudah melamar pelakon Risteena Munim, 30, pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia.

Pengumuman itu dibuat Isa dalam majlis khas sempena sambutan hari jadi dan pelancaran produk milik Risteena di Bora Ombak.

 

Pasangan itu turut mengumumkan mereka bertunang pada tarikh sama.

Dalam pengumuman itu, Isa menjelaskan dia dan Risteena berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit yang bersiaran di RTM.

“Saya tidak perlu kenal Risteena bertahun. Walaupun ada yang cuba menghasut, Risteena tetap percayakan saya.

“Benar saya ada sejarah masa lalu tetapi percayalah ia membuatkan kita menjadi lebih dewasa.

 

ISA mula mengenali Risteena sejak lima.

 

“Walaupun saya banyak kekurangan dia sentiasa maafkan dan terima saya seadanya.

Saya berjanji akan menjaga dan selalu melindungi dia seumur hidupnya. Saya sangat mencintai Risteena,” kata Isa.

Isa meluahkan perkara itu dihadapan kira-kira 100 tetamu yang hadir.

Risteena pula menjelaskan, dia tidak kisah dengan kata-kata orang sebelum ini mengenai hubungannya dengan Isa.

“Tak kira apa orang cakap mengenai awak. Saya lebih kenal awak dan saya sayang awak. I love you cinta,” kata Risteena membalas ucapan diberikan Isa.

 

Persoalan siapakah lelaki yang sering dimuat naik Risteena di laman sosial miliknya terjawab dengan pengumuman terbabit.

Mengikut perancangan, Risteena sepatutnya bernikah dengan bekas kekasihnya, Ikhwan Khairuddin yang juga seorang pelakon pada November lalu tetapi senyap begitu sahaja sehinggalah kemunculan lelaki misteri dimuat naik Risteena di laman sosialnya.

 

Khabar angin mengenai hubungan Isa, 26, dan Risteena, 30, mula menjadi perbualan hangat peminat apabila kakak kepada pelakon Ruhainies itu memuat naik video pendek di Instagram yang memperlihatkan dia disuap oleh seorang lelaki.

Dia juga pernah berkongsi gambar seorang lelaki bertopi dan berbaju hitam disebalik sejambak bunga.

Menerusi foto tersebut, netizen mula membuat andaian bahawa individu dalam gambar tersebut adalah Isa.

 

Namun, kedua-duanya hanya berdiam diri dan tidak pernah mengulas mengenai spekulasi yang timbul.

Pasangan itu pernah digandingkan bersama dalam sebuah drama rantaian Bulan Di Kota Langit yang menjalani penggambaran di Indonesia.

Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin, 29, pada 19 Oktober lalu hubungan mereka putus di tengah jalan.

 

Sumber: metro online via MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*