Rakaman persiapan dalam pesawat, Ainul Mardhiah balik Malaysia hari ini

Sebelum ini, adik Ainul Mardhiah yang diterbangkan ke London bagi menjalani pembedahan membuang ketumbvhan di mulut dilaporkan akan pulang ke Tanah Air pada pertengahan bulan Julai.

Namun begitu, atas sebab-sebab tertentu, penerbangan pulangnya terpaksa ditangguhkan.

 

 

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram ibu dan bapa Ainul, mereka dilihat telah memaklumkan bahawa akan berangkat pulang ke Malaysia pada hari ini. Hal tersebut dijelaskan menerusi IG story bapanya iaitu Ahmad Safiuddin dan ibunya Nurul Erwani.

 

Menerusi Instagram masing-masing, ibu bapa bayi kesayangan Malaysia ini kelihatan sudah bersedia didalam pesawat menuju ke Malaysia selepas lebih sebulan berada di luar negara.

Kesihatan Ainul turut berada dalam keadaan memuaskan sejak hari pertama pembedahan itu berjaya.

 

Sudah tentu berita gembira ini amat dinantikan oleh rakyat Malaysia kerana sudah mengikuti perkembangan kesihatan bayi comel tersebut sejak awal lagi.

 

Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar perjalanan pulang Ainul sekeluarga dipermudahkan.

Semoga adik Ainul Mardhiah terus sihat seperti kanak-kanak lain di masa hadapan

Sumber : Astro gempak via celotehsaje

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*