“Mak kau mesti tengah bangga kat sana” – Viral Anak Bawa ‘Card Board’ Gambar Mak Masa Konvo

Anak mana lah yang tak excited nak tunjuk pencapaiannya dekat mak ayah dia, tapi sayangnya hajat Paulo John tak kesampaian apabila ibunya dah meinggal dunia pada tahun 2016.

Disebabkan tu, dia bawa gambar card board mak dia untuk dibawa bersamanya masa dia konvokesyen minggu lepas.

Ini khas untuk mak saya yang hebat! Mak, anak sulung mak dah graduasi ni, saya harap mak gembira kat sana. Saya dapat habiskan pelajaran saya sebab ini yang mak nak. Sayang mak”

SA PINAKA MAGANDA KONG NANAY! MA, GRADUATE NA PANGANAY MO SANA HAPPY KA JAN SA PILING NI GOD. ITO ANG GUSTO MO KAYA TINAPOS KO. MAHAL NA MAHAL KITA. 😭💕

ALINSOG, PAULO JOHN

Bachelor of Science in Business Administration major in Business Management

SANA CUM LAUDE pic.twitter.com/FxVmXUZQ1K

— Paulo John (@paudaexplorer) July 16, 2019

 

Ia menyentuh hati lebih daripada 4,900 orang netizen yang retweets pasal ni. Ramai yang memberi sokongan moral kepada anak kelahiran Filipina ini untuk terus kuat dan tak rasa down.

Menerusi World Of Buzz, Paulo merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains, Pentadbiran Perniagaan. Katanya ini adalah impiannya untuk berkonvo sebelah dengan mak dia.

Meninggal dunia akibat…

Tapi sayangnya mak dia meninggal dunia pada tahun 2016 kerana komplikasi akibat pneumonia. jadi itu sebab lah dia buat gambar cardboard mak dia ni sempena memperingatinya di hari yang bermakna buat Paulo tu.

“Dia ni ibu tunggal [untuk beberapa tahun]. Dia hantar saya ke sekolah swasta dan kami sangat rapat. Mak saya tak pernah minta ayah tiri saya untuk hantar saya ke kolej. Semua duit yang dia gunakan untuk tanggung saya dia dengan makcik saya yang punya.

Bila saya bawa ni (gambar mak) masa hari graduasi, saya gembira sangat sebab saya dapat rasakan saya memang betul-betul dengan mak saya.’

 

Mesti mak kau bangga kat sana- Netizen

Tak apalah, yang penting hajat ibu dapat diteruskan, moga-moga ibunya ‘disana/ bangga dengan dia.

 

sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*