“Tak Ada Cara Lain Ke?”, Luahan Sayu Haziq, Anak Kpd Linda Eva Selepas Diberitahu Kakinya Perlu Dipotong Akibat Kmlngan

 

” Tak ada cara lain ke?,” luah penyanyi remaja, Muhammad Haziq Hasbullah, 19, kepada ibunya, Linda Eva, berikutan berita sedih mengenai kaki kanan yang ced3ra teruk akibat salur dar4h put0s ketika kemal4ngan pada 5 Julai itu, perlu dipot0ng.

Luah penyanyi Rebahku Tanpamu, Tersiksa dan Dilema itu kepada ibunya lagi, Linda Eva atau nama sebenar Norhaslinda Ishak, 42, andai itu sahaja caranya, Haziq menyatakan mahu pulang ke kampung untuk bersendirian.

” Kaki palsu tak sama dengan kaki betul. Saya nak balik ke kampung dan duduk sana untuk menyendiri,” rungut Haziq kepada ibunya.

Menurut Linda, kaki kanan anak tunggalnya itu perlu dipot0ng kerana pada bahagian bawah sudah tidak berfungsi kerana dar4h dan oksigen tidak sampai.

Difahamkan kaki haziq sepatutnya dipot0ng pada 19 Julai lalu namun setelah berbincang dengan ahli keluarga, mereka sebulat suara untuk menangguhkan proses berkenaan sementelah mencuba rawatan alternatif lain.

Bagi orang ramai yang ingin membantu, bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank 114067310531 (Norhaslina Ishak) atau menghubungi Linda menerusi Instagram: @lindaeva_official.

Terdahulu Haziq yang juga bekas vokalis Putera Band dilangg4r kereta yang dipandu laju dari belakang ketika dalam perjalanan ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur ketika membonceng motosikal bersama rakannya.

Ibu Haziq yang juga merupakan anggota kumpulan dangdut Eva, Linda atau Norhaslinda Ishak, memaklumkan tentang berita tersebut di laman Instagram miliknya.

“ Saya bersyukur nyaw@ anak saya panjang. Kemal4ngan yang tak diduga, bahaya ada di mana-mana. Lepas ni kena hati-hati. Kalau bukan kerana kecuaian kita, kecuaian orang lain boleh mengakibatkan kita hilang nyaw@.

“ Saya berterima kasih pada fans dan kawan-kawan saya, juga pada keluarga yang mendoakan @itsme_hzqq.

“ Alhamdullah setakat ni perkembangan Haziq OK selepas pembedahan kaki yang kedua semalam. Kaki kanan ced3ra par4h, otot k0yak urat put0s, tapi doktor-doktor pakar yang bertauliah dah cuba yang terbaik untuk Haziq,” tulisnya pada sekeping gambar Haziq yang sedang dirawat.

 

Dalam perkongsian yang sama, Linda juga meluahkan rasa syukurnya kerana Haziq selamat biarpun berlaku perdar4han yang banyak di tempat kejadian.

“ Syukur alhamdullah nyaris hilang nyaw@ akibat perdar4han yang terlalu banyak di tempat kejadian. Apa pun bersyukur pada ALLAH kau makbulkan doa kami smua.

“ Mama harap Haziq tau yang semua orang sayang Haziq. Mama tak ready hilang anak walau seorang pun. Itu mama selalu pantau dan jaga anak-anak mama. Sebab itu mama selalu bising, sebab itu mama selalu marah-marah, sebab apa? Sebab mama tak nak perkara-perkara sebegini terjadi.

“ Harap anak mama faham apa yang mama buat pada korang semua. Tak lain tak bukan mama terlalu berhati-hati dan menjaga keselamatan korang semua.

Mama tak ada harta lain, mama ada korang saja wahai anak. Fahamilah tiap pengorbanan mama ni hanya untuk kamu semua,” luah Linda.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: sinarharian via rimbabara via viralgempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*