“Baca dulu sebelum kvtuk dia” – Jangan Salah Faham, Akmal Akif Terlepas Dari Tudvhan Sebab…

Macam yang korang semua tahu, hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, telah memutuskan 18 dari 19 tertvduh didapati bersalah dan mereka diminta untuk membela diri sebelum hukuman dijatuhkan.

Manakala seorang lagi tertuduh, Mohamad Akmal Akif Alias dibebaskan dari tudvhan Seksyen 330 (bersubahat dan mendatangkan kecederaan) ke atas Zulfarhan Osman.

 

 

Seorang lagi tertuduh, Mohamad Akmal Akif Alias tidak dapat menahan sebak apabila dilepaskan dan dibebaskan di bawah Seksyen  330 (bersubahat dan mendatangkan kecederaan).

 

 

Ekoran dari keputusan mahkamah ini, ramai juga netizen yang mengvtuk Akmal Akif ni dan secara tak langsung ia mengundang kemarahan orang ramai yang mengikuti kes Zulfarhan dari awal. Apa sebabnya?

 

Kenapa Akmal Akif layak dibebaskan?

 

Akmal Akif bersama keluarga arwah Zulfarhan – Sumber: Twitter

 

Kalau korang nak tahu, Akmal Akif dan seorang lagi saksi Aiman Aufa telah memberikan dua surat layang kepada jurulatih mereka untuk memberitahu tentang keadaan Zulfarhan yang sedang parah.

Menurut Astro Awani, surat layang pertama mereka selitkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017.

Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ambush bilik 4-19, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!” – Isi surat layang pertama

Namun, surat layang ini telah diketahui oleh ahli bilik 4-10 selepas jurulatih menyebarkan surat tersebut melalui aplikasi whatsapp dan tertuduh Muhammad Akmal Zuhairi Azmal telah memindahkan Zulfarhan ke bilik 4-06 untuk sementara waktu.

Selepas kegagalan surat layang pertama, Aiman Aufa dan Akmal Akif sekali lagi bersepakat untuk menulis surat layang kedua.

Sila cari pegawai kadet laut Zulfarhan Osman” – Surat layang kedua

Malangnya, semasa tertuduh disoal siasat, kedua nama Aiman Aufa dan Akmal Akif ‘dipetik’ mengatakan mereka juga terlibat mencederakan mangsa.

Aiman Aufa telah dibebaskan tahun lepas, dan hari ini mahkamah memutuskan bahawa Akmal Akif tak bersalah dan dia telah dibebaskan tanpa perlu menuntut bela.

 

Sumber: BH

Bukan saja Akmal Akif tak bersalah, dia juga antara orang yang sanggup membahayakan diri sendiri semata-mata untuk membantu Zulfarhan yang cedera parah.

So, korang semua dah tahu, lepas ni jangan main serkap jarang je tau. Alhamdulillah, berani kerana benar.

sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*