“Ni Lah Contoh Laki Budiman,”- Tolong Tutup Aurat Farah Nabilah, Peminat Puji Fikry Ibrahim

 

Baru-baru ini tular sekeping gambar yang memaparkan pelakon Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah yang menonton pelawanan akhir bola sepak Piala FA 2019 bersama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Gambar tersebut dimuat naik oleh Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim menerusi akaun Twitter miliknya,

Menerusi gambar yang dikongsi oleh pelakon drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan, kelihatan Fikry telah menyunting gambar tersebut dengan mengkaburkan di bahagian aurat pelakon Farah Nabilah.

“Rahsia kejayaan Kedah semalam. Ada yg sanggup mai naik lori, hangpa memang,” tulisnya.

 

 

Lantas, perkongsian pelakon berusia 25 tahun ini mendapat perhatian dan pujian daripada netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap Fikry yang menitik beratkan soal hukum aurat sesame umat Islam.

 

 

 

 

 

 

 

Terdahulu, Fikry turut melakukan perkara yang sama terhadap selebriti wanita yang lain antaranya Mira Filzah, Janna Nick dan Uqasha Senrose.

 

sumber: MH

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*