Rider muslimah bikin havoc, ada kata layak terima hantaran setinggi RM49k! “Aku s4nggup rac3 untuk dapatkan hati dia”

JANGAN fikir kaum lelaki sahaja yang jaguh di jalan raya, malah golongan wanita juga tidak kurang hebatnya.

Terbaharu, perkongsian foto seorang penunggang motosikal (rider) muslimah di Facebook cukup menarik perhatian ramai.

“Muslimah rider… Minat tidak menghalang sesuatu hobi,” tulis pengendali Facebook Arena Motor.

Disertakan tiga foto, perkongsian itu sehingga kini meraih 2,400 tanda suka.

Malah, ia turut dikongsi lebih 1,000 pelayar Facebook.

 

Salah satu foto yang ditularkan di Facebook.

 

Foto tersebut memaparkan seorang wanita berpakaian jubah biru, lengkap mengenakan tudung labuh dan berpurdah sedang mengendalikan sebuah motosikal.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum terhadap wanita tersebut.

Kain tu jangan masuk sprocket sis. Boleh menyebabkan kekoyakan besar kain. Saya dah kena masa balik solat Jumaat. Nasib baik ada boxer.

NETIZEN

Selain memuji pemakaiannya yang menutup aurat, mereka juga seolah-olah sukar percaya wujud rider muslimah di negara ini.

Malah, ada yang turut berseloroh mengatakan wanita seperti dalam gambar itu layak menerima hantaran yang tinggi.

“Adakah ini bidadari dunia?

“Aku sanggup race untuk dapatkan hati dia, bukan race motor tau.

 

Paparan skrin posting Facebook Arena Motor berkenaan wanita itu.

“Yang ni 49K (RM49,000) hantaran.

“Susah nak jumpa perempuan pakai longgar-longgar macam ni,” komen beberapa netizen.

Selain itu, segelintir netizen turut menggesa agar wanita itu lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Kain tu jangan masuk sprocket sis. Boleh menyebabkan kekoyakan besar kain. Saya dah kena masa balik solat Jumaat. Nasib baik ada boxer.

“Aku cuma risau kain tu akan tersangkut di tayar atau rantai motor,” tulis pelayar Facebook.

 

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*