Suami Pelakon, Nadya Syahera Mengaku Salah

Seorang pemilik restoran, Fizul Nawi yang juha merupakan suami kepada pelakon,  Nadya Syahera mengaku bersalah pada Selasa di Mahkamah Sesyen atas tudvhan membenarkan imigran haramm tinggal dalam sebuah premis, Februari lalu.

Memetik Utusan Online, Fizul atau nama sebenarnya, Mohd. Hafizul Md. Nawi didakwa dengan sengaja membenarkan tujuh imigran haramm masuk dan tinggal di sebuah premis di Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 10.10 malam, 20 Februari lalu.

Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Noor Asfihan Abdul Wahid mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002.

Seksyen berkenaan memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penj4ra 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang dibenarkan berada dalam premis.

Sementara itu, peguam Zaflee Pakwanteh yang mewakili tertvduh memohon mahkamah agar menangguhkan keputusan hukuman pada tarikh lain, dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai cukup wang.

Hakim Saifulakmal Mod. Said kemudian membenarkan permohonan tersebut seterusnya menetapkan 26 September depan untuk keputusan jatuh hukum.

Mahkamah pada masa sama turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.

Menerusi Instagram, Fizul turut berkongsi foto tangannya yang bergari.

 

Malah dia turut berdoa agar semuanya dipermudahkan menerusi satu foto yang dikongsikan di Insta Stories, awal hari ini.

 

Sumber/Foto: Utusan Online/Instagram Fizul Nawi

kredit: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*