13 Tahun Berlalu…Fatin Afeefa Muat Naik Gambar Dengan Erin Malek, Ramai Throwback Filem Tentang Bulan

13 Tahun Berlalu…Fatin Afeefa Muat Naik Gambar Dengan Erin Malek, Ramai Throwback Filem Tentang Bulan

Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa ada memuat naik sekeping foto bersama pelakon Erin Malek di Instagramnya. 

Lantas, perkara itu telah mengingatkan ramai apabila gandingan dua pelakon hebat ini menerusi filem Tentang Bulan pada tahun 2006. 

“13 years later…,” tulis penyanyi lagu Satu Jam Saja secara ringkas apabila mereka bertemu dalam satu majlis di IOI City Mall,Putrajaya.

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata merindui gandingan mereka ketika memegang watak masing-masing dalam filem arahan Ahmad Idham. 

 

Imbas kembali, Fatin ketika itu memegang watak sebagai Suhaila, seorang kanak-kanak perempuan bersifat tomboy, manakala Erin sebagai Zurina seorang gadis yang lemah-lembut dan murah dengan senyuman.

Aedy Ashraf pula sebagai Mawi yang mahu mengejar cita-cita untuk memiliki hati Zurina. 

Nyata, keperibadian Fatin dan Erin kini menjadikan mereka lebih matang dan cantik. 

 

Dalam sisi lain, kedua-dua figura cantik ini masing-masing kini memiliki dua orang anak iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia. 

Erin pula dikurniakan dua orang anak iaitu Mohamed Faliq dan Nur Aisha.

 Foto : Instagram Fatin Afeefa

kredit: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*