Pengurus minta bantuan polis, bomba selepas gagal hubungi arrwah, Pengarah Ariana Rose, Raja Ahmad Alauddin men1nggal dunia

PENGARAH Raja Ahmad Alauddin, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bandar Seri Damansara, Petaling Jaya, kira-kira pukul 6 pagi, Khamis.

Pengurus Produksi (PM) syarikat Pena Creative Pictures, Mohd Syahidan Hassan yang mengesahkan perkara itu berkata, Allahyarrham dipercayai men1nggal dunia dalam tidur di rumahnya.

Kata Mohd Syahidan, dia mula berasa sesuatu yang tidak kena selepas cubaannya untuk menghubungi arwwah tidak berjaya.

“Seperti biasa saya akan menjemput dia untuk ke set penggambaran pada pukul 6 pagi setiap hari.

“Apabila saya call arrwah dari pukul 6 pagi tetapi tidak berangkat, ketuk pintu rumah pun tiada respons… saya rasa tak sedap hati, jadi buat keputusan untuk buat laporan polis.

“Dengan bantuan polis dan bomba, kami masuk ke rumahnya dan lihat arwah hanya terbaring di atas katil. Dia men1nngal dalam tidur,” katanya kepada mStar.

 

Allahyarrham men1nggal dunia pada pagi Khamis ketika sedang tidur.

Dalam pada itu Syahidan berkata, dia menyedari kelakuan Allahyarrham mula berubah apabila dia banyak mendiamkan diri ketika di set penggambaran drama slot Lestari, Pesan Pada Hati.

“Saya kenal arrwah hampir 16 tahun, dia memang seorang yang sangat menepati masa. Dia tidak pernah gagal untuk bangun pagi.

“Sepanjang 20 hari, pukul 5.30 pagi kami sudah mula shooting. Tapi tiba-tiba hari ini dia diam sampai pukul 8 tiada berita. Saya rasa pelik, sebab tu buat keputusan untuk buat laporan polis. Sekarang saya sedang tunggu waris.

“Arrwah seorang yang happy go lucky tapi semalam dia banyak diam, duduk seorang diri dan termenung,” katanya.

Antara drama popular arahannya adalah Curi-curi Cinta, Ariana Rose, Aurora Aisyah, Demi Cinta Ain dan Hanya Di Atas Kertas.

Beliau juga pernah mengarah beberapa filem termasuk Hati Bukan Kristal, Kayangan dan Lurah Dendam.

Sepanjang kariernya dalam bidang pengarahan, Allahyarrahm pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi filem Hati Bukan Kristal.

Dalam pada itu lokasi pengebumian jenazah akan dikemaskini kemudian selepas mendapat pengesahan daripada keluarga Allahyarrham

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*