Hasrat Mark Adam 23 tahun lalu tercapai, hadiahkan ibu banglo di Filipina

HASRAT penyanyi Mark Adam untuk memberikan keselesaan kepada keluarga pada 23 tahun lalu akhirnya tercapai apabila dia membuat kejutan menghadiahkan sebuah rumah banglo kepada ibunya di Cebu, Filipina.

Menerusi video yang dimuat naik penyanyi lagu Marry Meitu, Mark dan isteri, Nor Azah Redzuan, 40, membuat kejutan terhadap ibunya, Florenda Macaraig Echivarre, 61, dengan menutup mata dan membawa wanita itu masuk ke kediaman baharu itu.

Menurut Mark, hadiah istimewa itu adalah sebagai membalas semula jasa dan pengorbanan ibunya yang duduk menyewa sebelum ini.

“Mak nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah – (1996).

 

Antara posting yang dimuat naik Mark di laman Instagram.

 

“Terima kasih banyak-banyak kerana menjadikan ia kenyataan @ezzpowers. Kami tak pakai helmet sebab rumah baru sangat dekat dengan rumah sewa lama di kampung.

“Dan mak masih tak percaya ini rumah baru dia. Syukur Alhamdulillah ya Allah,” tulisnya.

Perkongsian menyentuh hati itu dimuat naik Mark di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Beberapa hari lalu, Mark membuat kejutan istimewa apabila menerbangkan televisyen bersaiz 65 inci ke kampung halamannya sebagai hadiah.

Mak nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah – (1996).

MARK ADAM

Penyanyi

 

“Perjalanan sebuah TV. Pembawa, Ezzpowers, pengarah, saya. Terima kasih Air Asia. Syukur Alhamdulillah,” ujarnya.

Mark sebelum ini memberitahu mengenai projek hadiah kejutan buat ibunya namun tidak mendedahkan secara terperinci jenis hadiah yang ingin diberikan itu.

Sebelum ini, Mark pernah berkongsi mengenai kehidupannya daif ditambah dengan adik-beradik yang ramai dalam keadaan rumahnya yang sempit.

Dalam pada itu, rata-rata peminat termasuk rakan selebriti turut meluahkan rasa terharu dengan ucapan tahniah kepadanya.

 

View this post on Instagram

Alhamdulillah syukur ya allah..segala penat lelah selama ini dipermudahkan.. tiada ungkapan lain selain bersyukur melihat mereka tersenyum gembira.. 🙏🏻 #Repost @markadam1079 with @make_repost ・・・ “Mak nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah” -1996- thanks a lot for making this happen @ezzpowers ❤️ P/S – tak pakai helmet sebab tempat rumah baru sangat dekat dengan rumah lama sewah mak di dalam kampung . Dan mak masih tak percaya ini rumah baru dia 🙂 Syukur Alhamdulillah Ya Allah ❤️

A post shared by Ezan Marzan Echivarre (@ezzpowers) on

 

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*