Nak Lepak Tapi Bini Suruh Kupas Bawang, Cili Padi… Angkut Semua Bawa Pergi Mamak!

Lelaki memang sinonim dengan budaya melepak dengan kawan-kawan. Tak kisah la lepak tengok bola ke lepak lepas main futsal, lepak mamak itu semestinya. Ada sesetengah yang mengatakan bahawa kalau lelaki itu dah kahwin mesti susah nak lepak sebab kena control dengan bini.

Namun, menerusi Twitter Naqiuddin, dia berkongsi video rakannya yang datang lepak di kedai makan sambil membawa bahan-bahan kering masakan seperti cili dan bawang untuk dikupas. Rakannya itu dikatakan membawa bahan tersebut kerana isterinya minta tolong. Ciri-ciri lelaki macam ini la yang kita mahu. Pandai jaga hati bini bila nak melepak.

Lepak dengan kawan tapi bini minta tolong

 

 

 

Video yang meraih lebih lapan ribu retweet menunjukkan bukan semua lelaki yang tak sayang isteri. Bukan itu saja, rakan-rakan yang lepak semeja turut tolong membantu lelaki itu mengupas bawang dan memotong cili. Sikap lelaki ini turut mendapat pujian netizen.

Wujud lagi ke lelaki macam ni?

 

Good job bro

 

 

Sumber: Naqiuddin

sumber: ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*