Adik Anzalna Selamat Bertunang, Tampil Berseri Di Majlis Pertunangan

Pelakon Anzalna Nasir teruja kerana bakal menerima kehadiran keluarga baru apabila adiknya, Nazirah Nasir,22, selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan Umar Mukhtar.

Difahamkan, majlis tersebut telah pun dilangsungkan pada 27 Oktober lalu.

Malah, beberapa keping foto dikongsikan Anzalna dan Nazirah baru-baru ini saat majlis berlangsung di Bora Ombak Marina, Putrajaya.

 

 

Tampil berseri mengenakan rona berwarna pastel, Nazirah dan Umar turut mengabadikan momen indah bersama keluarga tercinta di pelamin pertunangan.

 

 

Sementara itu, Anzalna turut berkongsi video berdurasi lebih empat minit lebih yang memaparkan sekitar majlis pertunagan itu.

“My sister, Nazirah got engaged on the 26th October 2019!

“I wish you a life filled with love, happiness and prosperity today and in the years to come.

I am so happy for you my sister,”tulisnya.

 

Lebih menarik, majlis tersebut dimeriahkan dengan sesi berbalas pantun antara kedua-dua belah keluarga.

 

Foto/ Video : Instagram Anzalna, Nazirah Nasir, Youtube Channel Anzalna

kredit: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*