Wawa Zainal Umum Jantina Anak Ketiga, Dedah Nama Inspirasi Masjid Biru.

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel bakal menimang cahaya mata perempuan awal bulan depan.

Perkara tersebut diumumkan pasangan berkenaan pada majlis memperkenalkan jantina bayi dan pelancaran produk terbaharu Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla di Glam Hall, Damansara Perdana, pada Rabu.

 

 

“Insya Allah, kami bakal dikurniakan anak perempuan dan berharap cahaya mata ketiga kami ini dilahirkan dengan selamat.

 

“Saya sekarang hanya menunggu waktu saja. Kalau ikut jadual saya dijangka lahirkan anak pada awal Disember ini.

 

“Alhamdulillah, saya masih diberi kekuatan untuk bekerja meski detik kelahiran boleh dikatakan bila-bila masa saja dari sekarang,” kata Wawa kepada MH.

Menurut Aeril, dia dan Wawa juga sudah mempunyai nama anak perempuannya itu.

 

“Kami memilih nama Aya Soffya untuk nama anak kami nanti, insyaAllah. Nama tersebut dipilih ketika kami ke Turki baru-baru ini.

“Ketika itu kami ke sebuah masjid yang dinamakan Aya Sofya (Masjid Biru) lantas kami bercadang untuk memberikan nama berkenaan dan Aeril turut bersetuju,” katanya.

 

Untuk rekod, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*