Senarai Penuh Finalis AJL 34: Anta Permana Antara 12 Lagu Yang Layak

Lagu Anta Permana nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza antara 12 lagu yang berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34).

Pengumuman itu dibuat ketika minggu ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam Selangor sebentar tadi.

Pada penganjuran kali ini, antara muka baru yang bakal berentap buat pertama kali di pentas AJL nanti ialah Aina Abdul, Naim Daniel dan Kugiran Masdo.

Kesemua lagu yang layak diadili barisan juri profesional yang dibarisi Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.

Berikut senarai lagu yang berjaya melayakkan diri ke AJL34:

1. Drama

Penyanyi: Drama Band

Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

Penulis lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

 

2. Ku Bersuara

Penyanyi: Ernie Zakri

Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

Penulis lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

 

3. Anta Permana

Penyanyi: Bob Yusof

Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong

Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

 

4. Sumpah

Penyanyi: Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul

 

5. Lembah Kesepian

Penyanyi: Haqiem Rusli

Komposer: Haqiem Rusli

Penulis lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran

 

6. Sumpah

Penyanyi: Naim Daniel

Komposer: Naim Daniel, Omar K

Penulis lirik: Naim Daniel

 

7. Peneman

Penyanyi: Hazama The Penglipurlara

Komposer: Tam

Penulis lirik: Tam

 

8. Dinda

Penyanyi: Kugiran Masdor

Komposer: Ali Sariah

Penulis lirik: Ali Sariah

 

9. Bangun

Penyanyi: Aman RA

Komposer: Navigator

Penulis lirik: Aman RA

 

10. Kisah Cinta Kita

Penyanyi: Hafiz Suip

Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali

Penulis lirik: Datuk A. Aida

 

11. Ragaman

Penyanyi: Fairuz Misran

Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo

Penulis lirik: Faizal Tahir, Jaare Karim Karam, Mike Chan

 

12. Rampas

Penyanyi: Akiem & The Majistret

Komposer: Hang Nadim, Laq

Penulis lirik: Bunga Canik

Terdahulu, sebanyak 30 lagu dipertandingkan di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 34

Kesemua 30 lagu yang layak dinilai berdasarkan 60% penilaian juri profesional dan 40% lagi menerusi undian peminat.

sumber: astrogempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*