Port Terbaik Nak Bergambar, Wanita Ini Tak Boleh ‘Move On’, Cantiknya Pulau Jerejak Di Penang

Percutian bersama keluarga pastinya merupakan idaman semua orang. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di dalam mahupun luar negara. Jangan risau jika anda tidak berkemampuan untuk berkunjung ke luar negara kerana masih banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Malaysia.

Pulau Jerejak di Pulau Pinang suatu masa dulu cukup menyeramkan kerana dikenali sebagai pusat penempatan b4nduan yang dibuang negeri sehingga digelar Alcatraz Malaysia sebelum pusat berkenaan ditutup pada Ogos 1993.

Dari segi sejarah, pulau itu pernah dijadikan pangkalan tentera laut British pada 1797 bertujuan melindungi bandar baharu Pulau Pinang, ‘Jamestown’ yang kini dikenali sebagai Bayan Lepas sebelum dijadikan tempat menyaring pendatang yang datang ke tanah besar.

Pulau Jerejak dengan keluasan 362 hektar dan terletak 1.5 batu nautika dari tanah besar ditemui pada 1786 dan kawasan hutan di pulau itu memiliki 210 spesies daripada 71 keluarga flora dan 39 spesies fauna.

 

 

 


Menerusi perkongsian Zaza Sugarz di akaun Facebooknya, dia berkongsikan keindahan yang berada di Pulau Jerejak yang tidak patut anda lepaskan peluang untuk berkunjung dan jadikan ia sebagai destinasi pelancongan yang wajib anda kunjungi bersama keluarga.

Pulau Jerejak dikatakan tempat port bergambar yang paling menarik bagi mereka yang suka bergambar dan sukakan keindahan alam.

Xleh move on.. Lawa2 tempat di pulau jerejak penang ni, port brgambar 

Masa: 6.30 pagi hingga 12mlm

Location: jeti pulau jerejak island resort, penang..

Harga tiket ferry: RM 20 seorang (prgi&blk)

Rate hrga bilik: RM264 hingga RM4xx

 

 

Dah smpai sne pastikan korang clim tiket ferry to untuk tebus air minuman kt sane..

Air yg diberi pilihan hnya sirap ais&teh o ais shj (jadila tu basah tekak)

Untuk ke sane, pastikan bawa mkn, atau bekalan minuman.. Hrga disana mencekik darah skit woii. Yg penting pastikn btri fon korang penuh sbb sini top tmpt brgambar lawa2 taw..

 

 

 


Sumber: Zaza Sugarz

Kredit: Siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*