Siti Sarah Mungkin Saman Warganet H1na Hidungnya, Tapi Ayat Shuib Sebenarnya Paling Menyentuh Hati

Luahan penyanyi Siti Sarah Raisuddin bagaimana dia terpaksa hadap benda yang samal pasal hidung selama lebih dari 30 tahun. Sampai suatu tahap Siti Sarah terpaksa meluahkan apa yang dia rasa.

” Nak saya tukar hidung ke baru tak hiina saya?? Bagi tau dengan saya macam mana nak buat sebab, Allah bagi bagi saya hidung ni. What should i do? Cry?” luah Siti Sarah.

Namun di saat beliau berkecil hati dengan pandangan hiina orang terhadapnya, terdapat satu komen balas berupa kata-kata manis yang sangat menyentuh perasaan. Dan siapa sangka komen itu dari suaminya sendiri, Shuib Sepahtu.

 


” Hidung ibu itu lah yang daddy suka sangat-sangat. Takpelah orang nak cakap apa, I’m always with u, Love u sayang..,”
tulis Shuib pada ruangan komen.

Ternyata komen Shuib itu seakan ubat yang paling mujarab yang mampu menghilangkan segala kedukaan, ibarat seorang pahlawan gagah datang mempertahankan isterinya disaat dia diherdik dengan kata-kata hiina.

Lebih mengharukan komen Shuib itu telah mendapat perhatian warganet lain yang begitu bangga dengan lelaki sejati seperti Shuib yang tidak teragak-agak mempertahankan isteri tercinta.

Mungkin juga disebabkan itulah Allah telah memberi rezeki yang melimpah ruah kepada Shuib, berjaya sebagai artis dan juga ahli perniagaan. Kerana dia sangat memuliakan isterinya.

” Shuib, kenapa aku pun terasa sedih. Mengalir air mata. To sarah keep strong, semoga kalian berkekalan bahagia hingga ke JannahNya. Allahumma aamiin” komen seorang netizen.

Dalam perkembangan lain, Siti Sarah Raisuddin belum memikirkan tindakan akan diambil terhadap warganet yang menghiina wajahnya membabitkan bentuk hidung pesek seperti dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Ditanya mengenai kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang memandangkan mereka yang menghiina atau mempersendakan bentuk tubuh individu lain boleh didenda RM50,000 dan dipnjara setahun mengikut Sksyen 233(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), kata Sarah, dia masih mempertimbangkan mengenai perkara itu.

” Saya sebenarnya berat hati untuk mengambil tindakan terbabit, tetapi saya tidak kata tidak mahu melakukannya. Saya memikirkan bagaimana situasi sekiranya mengambil tindakan undang-undang terhadap warganet yang menghiina hidung saya itu.

” Untuk mengesan siapa individu yang memuat naik kenyataan menghiina fizikal wajah saya itu tidak susah. Dengan bantuan pihak berkuasa dan peguam ia mudah untuk dilaksanakan,” katanya.

 

Bagaimanapun kata penyanyi yang popular dengan lagu Semakin itu, dia bimbang sekiranya individu terbabit tidak dapat berhadapan dengan tekanan bakal diterima kerana akan dihadapkan ke muka pengadilan.

” Cuma kepada individu itu, dia mungkin tidak pernah berdepan dengan tekanan disam4n, dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hkuman pnjara atau harus membayar denda RM50,000.

” Takut perkara itu membuatkan dia berada dalam tekanan dan silap hari bulan mengambil jalan singkat serta membnuh diri. Nauzubillah! Perkara seperti itu yang mahu saya elakkan.

” Saya tahu orang yang menghiina dan memuat naik di Instagram itu akalnya tidak panjang. Kalau akalnya panjang dia tidak akan berbuat demikian,” katanya.

Sumber : hmetro

Kredit: Khalifahkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*