“Dia main pesan je handphone harga RM10,000 ini untuk aku!” – Baim Wong dapat ‘baby’, Erma Fatima yang terima hadiah

Erma terkejut menerima hadiah telefon bimbit berharga RM10,000.

REZEKI tidak diduga buat pelakon dan penerbit Erma Fatima apabila dia menerima hadiah telefon bimbit terbaharu dianggarkan bernilai RM10,000 daripada aktor popular Indonesia, Baim Wong pada Ahad.

Menerusi Instagram, Erma berkongsi rakaman video Baim menunjukkan telefon bimbit berjenama Samsung yang baharu dihantar jurujual kira-kira satu jam selepas pertemuan mereka.

“Dipaksanya orang hantar telefon ini, tengok gilanya Baim… ini (telefon) baru dijual di Indonesia? aku datang mahu lihat anak kamu.

“Dia main pesan je handphone harga RM10,000 ini untuk aku! Dia ingat aku kaya!,” kata Erma.

Rata-rata pengikut turut teruja dengan pemberian telefon bimbit itu dan menyifatkan Baim seorang individu yang pemurah.

 

Erma melawat bayi sulung Baim dan Paula yang baru dilahirkan Jumaat lalu.

 

“Beruntungnya… baiknya hati Baim, semoga murah rezeki Baim dan juga Kak Erma.

“Baim memang begitu, dia permurah, harga belakang cerita… saya selalu tengok YouTube dia.

“Anak belanja mak apa salahnya, dia ada duit tu Kak Erma, orang baik bertemu orang baik dapat rezeki pun baik,” komen pengikut.

 

Sebelum ini tular Baim membelikan bantal  untuk isterinya berharga Rm500.

Sebelum itu, Erma terbang ke Indonesia sebagai kejutan untuk melawat Baim dan isteri, Paula Verhoeven yang baharu dikurniakan bayi sulung bernama Kiano Tiger Wong pada Jumaat lalu.

“Menumpang bahagia Baim Wong dan Paula! Anak syurga, semoga menjadi anak soleh ya sayang,” tulis Erma pada salah satu video.

Sebelum ini, Baim pernah membintangi drama arahan dan terbitan Erma berjudul Ketika Cinta Merintih dan Bukan Cinta Aku.

Kerjasama itu membuatkan hubungan kedua-duanya akrab sehinggakan Erma menggelarkan dirinya sebagai mama.

 

 

View this post on Instagram

Anak syurga buat @baimwong dan @paula_verhoeven Moga menjadi anak yg soleh ya sayang…😘😘😘😘

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

 

 

 

 


Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*