“Tudung Perlu Dilabuhkan Menutup Dada” – Mona Allen Tukar Imej, Mula Berhijab?

Pelakon Mona Allen mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik sekeping foto yang memaparkan imej dirinya dalam keadaan berhijab buat pertama kali.

Mona atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen, 34, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Sis tak berapa nak pandai sangat nak berhijabista, tetapi boleh tahan lah kot.

“Pelan-pelan kayuh. Doakan ya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

Menerusi perkongsian pelakon drama Monalisa itu, foto yang memaparkan dirinya mengenakan tudung berwarna merah jambu itu difahamkan dirakam di dalam sebuah masjid.

Biarpun tidak menjelaskan sama ada dirinya sudah benar-benar berhijab, namun, imej dirinya menggayakan tudung itu mendapat pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

Rata-rata memuji Mona yang disifatkan lebih nampak cantik dan ayu dengan imej sedemikian.

“Alhamdulillah, makin cantik bila bertudung..cuma tudung perlu dilabuhkan menutup dada,” tulis salah seorang pengikutnya.

Mona kemudian turut mengakui bahawa banyak lagi yang perlu dipelajarinya.   “Insya-Allah sis baru belajar,” balasnya terhadap komen yang diberikan kepadanya. Sebelum ini, Mona juga pernah mendapat perhatian umum apabila mendirikan rumah tangga secara rahsia dengan pelakon Pekin Ibrahim pada Disember tahun lalu.

 

 

 

Sumber: gempak

Kredit: Khalifahkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*