“Macam Patung Barbie Dalam Kotak Kaca” – Tak Yakin Pakai Dress Tapi Peminat Puji Mimi Lana Cantik Sangat

Pelakon filem Pusaka, Mimi Lana akui kurang yakin dengan penampilannya apabila memakai gaun labuh.

 

Mimi mendedahkan perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.

 

Posting itu juga dimuat naik dengan foto yang merakamkan Mimi sedang tersenyum ketika menggayakan gaun labuh sewaktu menghadiri acara Konsert Throwbaek 2019 baru-baru ini.

 

“Kakak tak confident pakai dress sebenarnya tapi kakak coba ya. Kata kakak kepada adik,” tulisnya.

 

 

 

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji kecantikan Mimi dan mengaggapnya kelihatan seperti karakter popular, Barbie doll.

 

 

 

“Lepas ni event mana-mana pakai dress lagi please. Cantik sangat,” puji @itsmeoked

 

“Macam Barbie doll ❤️” komen @peighamdan

 

“It is real Barbie doll? Macam patung dalam kaca la,” tulis @m.ikinn_

 

Sedikit info, Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 24, mula dikenali selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015.

Sumber: astro gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*