Manis Bertudung-Zila Bakarin Semakin Selesa Berhijab

Pelakon Zila Bakarin mendapat banyak komen positif yang memintanya terus berhijab selepas memuat naik fotonya bertudung di akaun Instagram (IG) peribadinya.

Foto tersebut dimuat naik selepas Zila Bakarin selesai menjalani penggambaran drama Aku Bukan Geisha.

Zila Bakarin memberitahu jarang sekali dia mendapat watak wanita bertudung tetapi seakan suka dengan imejnya itu.

Terkini, menjengah ke laman Instagram pelakon itu, ternyata Zila rupanya sudah mula berhijab.

Makin selesa berhijab…

 

 


Mula mengenakan hijab hanya di dalam set lakonan sahaja, nampak Zila berasa selesa dan kini terus istiqamah apabila dilihat muat naik terbarunya di IG, kesemuanya memaparkan dia dalam keadaan berhijab.

Difaham Zila mula berhijab di awal bulan November hingga kini, tidak dapat dinafikan pelakon tersebut nampak selesa dan lebih ayu dalam imej yang menutup avrat.

Alhamdulillah cantik sangat kak

 

 

Imej barunya juga mendapat pujian ramai, rata-ratanya suka meliha dia sudah mula berhijab dan mendoakan agar dia terus istiqamah.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif daripada pengikut IGnya yang rata-rata mendoakan agar pelakon itu terus berhijab.

Tidak kurang juga yang memuji kecantikan Zila dengan imej bertudung itu.

Berikut antara komen yang diberikan:

 

Manusia itu mampu berubah, pokok pangkal pada hatinya. Kita pula janganlah hanya menilai berdasarkan luaran sebaliknya cuba melihat orang lain daripada sisi baiknya juga.

Sumber : Zila Bakarin

Kredit: Asianmedia, Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*