[FOTO] Manis Bertudung, Ini Sekitar Majlis Sambut Menantu Elly Mazlein & Cikgu Azlan Di Kuala Krai

Selepas lebih setahun berkenalan, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein akhirnya telah selamat diijabkabul dengan pilihan hati, Cikgu Azlan. Bertemakan ‘bagai bulan dipagar bintang’, majlis resepsi disambut sangat meriah dengan kehadiran keluarga rapat, rakan artis dan peminat. Memang wedding of the year!

Terbaru, Elly Mazlein berkongsi pula foto sekitar majlis sambut menantu yang diadakan di Kuala Krai Kelantan. Manisnya bertudung.

Terima kasih sudi menyambutku

 

 


Terima kasih atas kasih sayang ini

 

 

Selang 10 hari berkahwin, majlis sambut menantu Elly Mazlein disambut penuh meriah di Kuala Krai. Pelakon yang popular dengan drama Kampung People ini turut meluahkan terima kasih kepada keluarga mertua kerana menerima diri seadanya. Elly turut mengaku terasa diri sangat disayangi.

Sumber : Elly Mazlein

Kredit: Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*