Vivy dilepaskan dengan t@lak tiga

“SAYA reda dan pasrah apabila dic3raikan dengan tal4k tiga,” kata isteri kedua pelakon Amar Asyraf, Vivy Jeffry ketika mendedahkan pelakon itu sudah mencer4ikannya dengan talak tiga pada 4 November tahun lalu.

Vivy, bagaimanapun memohon supaya Amar tampil untuk menyelesaikan urusan perc3raian mereka di mahkamah secepat mungkin apabila usaha menghubungi menemui jalan buntu kerana pelakon itu menyekat nombor telefonnya.

“Kalau boleh saya nak perkara ini diselesaikan dengan cara baik. Saya enggan bermusuh dengan sesiapa.

“Saya cuma mohon Amar tampil untuk uruskan proses percer4ian ini kerana ia berlaku di luar mahkamah. Disebabkan dia gagal dihubungi, saya sudah tidak boleh berurusan dengannya lagi .

“Saya harap Amar janganlah aniaya saya sampai begini sekali. Permudahkanlah urusan ini agar proses perp1sahan ini berjalan lancar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Vivy lagi, dia tidak menyimpan dend4m atau marah terhadap suaminya itu meskipun dicer4ikan dengan talak tiga.

“Ketika percer4ian itu, dia ditemani seorang rakan ketika kami menguruskan hal surat beranak anak. Jujur tiada sekelumit dendam atau marah terhadapnya, kerana saya sudah pasrah dengan apa yang berlaku ini.

“Saya kini cuma mohon Amar tampil untuk menguruskan proses perceraian itu dengan segera supaya saya boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa.

“Jika diikutkan tempoh edah juga sudah hampir berakhir namun disebabkan hal yang berlaku ia tidak dapat disahkan oleh pihak mahkamah,” katanya.

Terdahulu Vivy mendedahkan sudah berkahwin dengan pelakon itu beberapa tahun lalu.

Rahsia perkahwinan mereka akhirnya terbongkar menerusi pendedahan wanita bernama Ellika Azman yang didakwa hampir berkahwin dengan Amar, namun rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Sumber: Metro online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*