“Dah lama sbenarnya Mawar pasang niat akhirnya tertunai, Alhamdulillah..”- Air Mata Mawar Menitis Jua..

Baru-baru ini, pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob serta anaknya Raden Muhammad Rafael telah berangkat ke Tanah Suci Makkah beberapa hari yang lalu bagi mengerjakan ibadah umrah.

Menerusi instagramnya, Mawar ada berkongsi perasaan sayu dan merasa bersyukur bila dapat mengerjakan umrah buat pertama kalinya.

Menurutnya lagi, perasaan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata sehingga Mawar menitiskan air mata ketika berada berhadapan di Kaabah.

“‎Dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mawar, suami, ibu dan Anak Mawar berpeluang mengerjakan umrah. Alhamdulillah Ya Allah kerana buka pintu rezeki kami ke Kota Mekkah untuk mengerjakan Umrah kami.”

“Dah lama sbenarnya Mwr pasang niat akhirnya tertunai, Alhamdulillah..Yakinlah wahai sahabat2, rezeki datang dari Allah SWT. Bnykkan doa, usaha dan redha kepadaNya, InsyaAllah.”

“Perasaan yang tak dpt digambarkan bila kali pertama menjejakkan kaki di masjidil haram. Rasa.. “BAHAGIANYA, TENANGNYA, SAYUNYA”

“Rasa macam dirini kecil sangat2, Mawar juga yakin peluang yg diberi Allah SWT ni untuk perbetulkan diri Mwr kembali ke fitrahNya.”

Tambahnya, Mawar juga menitipkan doa buat dirinya, keluarganya serta sesiapa yang membaca posting yang dimuat naiknya agar dilimpahkan kesihatan yang baik serta dipanjangkan umur serta mendoakan keberkatan dalam rumah tangganya bersama suaminya, Raf Yaakob.

 

 

View this post on Instagram

 

‎ٱلْـحَـمْـدُ للهِ , Dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mawar, suami, ibu dan Anak Mawar berpeluang mengerjakan umrah. ‎ٱلْـحَـمْـدُ للهِ يا الله kerana buka pintu rezeki kami ke Kota Mekkah untuk mengerjakan Umrah kami. Dah lama sbenarnya Mwr pasang niat akhirnya tertunai, ٱلْـحَـمْـدُ للهِ 💕🕋Yakinlah wahai sahabat2, rezeki datang dari الله SWT. Bnykkan doa, usaha dan redha kepadaNya إِنْ شَاءَ ٱللّٰهُ Perasaan yang tak dpt digambarkan bila kali pertama menjejakkan kaki di masjidil haram. Rasa.. “BAHAGIANYA, TENANGNYA, SAYUNYA” Rasa macam dirini kecil sangat2, Mawar juga yakin peluang yg diberi Allah SWT ni untuk perbetulkan diri Mwr kembali ke fitrahNya. YA ALLAH YA TUHANKU, Kau kurniakan kesihatan yang baik dan Kau panjangkanlah umur Daku, dan ahli keluargaku, dan kepada semua yg membaca. YA ALLAH YA TUHANKU, kurniakan kami hidayahmu dan ilmu2 yang bermanfaat kpd kami untuk berjaya di dunia & di akhirat. YA ALLAH YA TUHANKU, kau berikanlah keberkatan dalam rumah tangga ku. Kau kurniakanlah aku anak2 yang soleh & solehah dan patuh kpd ibu bapa. YA ALLAH YA TUHANKU, kau permudahkanlah segala urusanku untuk jalankan perniagaan @mawarose_hq dan dapat memberi manfaat di dunia & akhirat. Semoga daku dapat membantu mummy, adik bradik, seluruh ahli keluargaku dan semua org yang memerlukan untuk mencapai kejayaan. آمين يا رب العالمين

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Dalam masa yang sama juga, Mawar juga ada berkongsi gambarnya ketika berada di sana di laman instagramnya serta di story instagramnya.

 

 

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah safely arrived ❤️ #MawaRadens • Sape paling bolat dalam gambar ni? 😆

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Sehubungan dengan itu juga, rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buat Mawar dan suaminya serta anaknya sepanjang mengerjakan ibadah umrah. Dipermudahkan segala urusan mereka ketika berada di sana.

Terdahulu, Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid, dilahirkan pada 3 April 1995, telah mendirikan rumah tangga bersama Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan chef selebriti terkenal Datuk Faizal Yaakob pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael.

Sumber : Instagram Mawar Rashid.

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*