Gelagat Rider Grab Menunggang Kuda Menjadi Viral

Kreatif? Maju? Seorang pengguna twitter telah berkongsi video, gelagat pemandu Grab yang menunggang kuda. Video berdurasi 13 saat itu menjadi viral dan telah dikongsikan juga oleh laman instagram dan youtube

Lokasi kejadian berlaku di berhampiran kampus Universiti Muhammadiyah Surakarta (UMS) di Jawa Tengah, Indonesia, lelaki itu yang siap berpakaian baju Grab dan juga bertopi hijau telah menaiki kuda tersebut sambil melintas kawasan tersebut. Tidak dapat dikenal pasti kenapa abang grab telah menaiki kuda dan kenapa tidak menaiki motor.

Kecekapan lelaki itu menunggang kuda di jalan yang penuh dengan kenderaan telah meningatkan tentang karakter lee min ho dalam cerita The King. Ada  yang telah mengaitkan peristiwa tersebut dengan drama terbaru korean, yang lee min ho naik kuda tu lah. Lee min ho merupakan seorang raja, suka berkuda dan telah tersesat di dunia parallel world.

Walau apa pun rakyat Malaysia jangan cuba tiru berkuda di atas jalan tar, kerana tidak bagus untuk kuda dan juga orang sekeliling, sukar penunggang motor sikal ingat mengelak kuda berbanding mengelak kereta. Menunggang kuda di jalan boleh mengakibatkan kereta tercalar kerana terlanggar hoof kaki kuda.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*