Pernah tak anda terfikir satu hari nanti guru yang mengajar anda di sekolah tetiba jatuh miskin? Sebagai seorang anak murid yang pernah belajar dengan mereka kejadian ini sangat menyedihkan.
Kejadian yang memilukan ini berlaku apabila bekas guru menjadi gelandangan, dia yang pernah berjaya dalam bidang perniagaan kini pada kedana dan terpaksa menjadi gelandangan di Kuantan
Lelaki itu diselamatkan oleh pihak berkuasa bersama 38 gelandangan lain dan kini diletakkan di Pusat Gelandangan Sementara di Kuantan bagi mengekang penularan C0VID 19.
Bekas guru berumur 74 tahun itu nekad meninggalkan kerjaya nya sebagai guru matematik dan sains untuk mengejar pendapatan yang lebih lumayan dalam bidang perniagaan. Kehidupannya berjalan dengan lancar dan mendapat rezeki dalam bidang perniagaan serta dikurniakan empat orang anak.
Episodnya bermula apabila tanpa diduga perniagaannya merudum dan terpaksa ditutup. Bahkan dia juga telah disisih oleh ahli keluarga dan kesemua wang simpanannya semakin sikit dan akhirnya habis.
Kesemua duitnya telah habis dan dia terpaksa menjadi gelandangan selama 5 tahun, makan dan minum hanya bergantung kepada sumbangan insan yang prihatin pada golongan sepertinya. Sudah tentu dia tidak pernah menjangkakan terpaksa menjadi gelandangan dan juga tidak mendengar khabar langsung daripada anaknya
Dia reda dengan apa yang dihadapinya sekarang, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bekas guru itu sedih setiap kali ditanya tentang isteri dan anaknya. Kejadian yang memilukan seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Jadi didiklah anak supaya taat perintah Allah, berilah tumpuan kasih sayang kepada anak semenjak daripada kecil lagi dan juga jadilah seorang bapa yang rajin serta penyayang terutama suka membantu isteri di dapur. Supaya anak apabila bapa sudah tua akan menjadi terhutang budi serta mahu membalas jasa.
Leave a Reply