Jangan Usir Mereka Pulang, Ada Juga Yang Baik Disini

2-3 menjak ni banyak artikel tentang mereka ditulis oleh individu mahupun blogger sehingga menimbulkan sedikit ketegangan antara masyarakat di Malaysia, tapi admin lebih kepada suka mencari jalan penyelesaian berbanding menghukum.

Admin pernah jumpa kaum mereka, duduk bersama dan bercakap dengan mereka ketika keluar jemaah tabligh 40 hari dan 3 hari. Ada sesetengah daripada mereka yang baik sangat, rajin serta taat pada agama.

Kali pertama jumpa mereka adalah pada tahun 2011, admin keluar bersama jemaah tabligh ke perak. Apa yang dapat saya perhatikan, mereka yang taat pada agama dan mengikut apa yang diajar. Mereka pandai menghormati orang, berpakaian kemas dan tidak kotor. Ketika amir jemaah memberi keputusan mereka mengikut apa yang diputuskan.

Pengalaman kedua ketika tahun 2016, seorang pelarian telah mengikuti jemaah tabligh. Perkara yang sama berlaku, mereka sangat rajin, suka menolong dan juga sangat taat akan perintah amir jemaah.

Apa yang dapat saya perhatikan karakter individu itu boleh diubah jika mereka sudah jumpa tujuan hidup, dalam jemaah tabligh diajar untuk menghormati orang, rajin, bersih dan paling penting taat pada agama.

Saya cadangkan selepas C0VID berakhir, kerajaan menyediakan peluang untuk mereka keluar bersama jemaah tabligh. Belajar tentang adab, ilmu dan menjadikan mereka pelarian yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Adab orang Malaysia sangat penuh dengan nilai murni, ilmu merupakan peluang untuk seseorang mengubah attitude menjadi lebih baik.

Tulisan ini hanya semata ingin mencari jalan penyelesaian ke atas kelakukan beberapa individu. Dengan ilmu inshaAllah mereka akan berubah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*