Menyamar Pakai Baju Tentera Untuk Langgar PKP

Musim PKP ini mungkin ada yang mahu balik kampung dan berjumpa dengan orang tua, ada juga yang student mahu balik rumah sebab tersendiri dan ada juga yang daripada kampung ingin balik ke bandar. Tetapi tidak dapat dilakukan kerana tidak mendapat kebenaran untuk melakukan perkara sedemikian.

Menurut twitter My Watch seorang lelaki berpakaian celoreng askar telah ditahan pada 21 april yang lepas ketika roadblack di Cheras. Beliau mengaku merupakan anggota daripada pasukan 74 Bn KPD tetapi gagal menunjukkan My Tentera. Siasatan awal mendapati suspek telah menyamar sebagai anggota tentera untuk ingkar pada arahan PKP.

Netizen telah memberikan komen kepada orang awam yang memakai celoreng askar, terdapat yang kagum dengan tenangnya orang awam tersebut walaupun sudah ditahan dan tidak melatah. Ni betul tenang, kena soal siasat pun masih sempat hisap kok.

Malahan daripada segi lenggang lenggong badannya tidak ada tanda dia gentar, bahkan tenang sahaja. Macam mana nak jumpa brother yang confident tinggi macam ni ya?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*