Ustaz Ebit Tak Bersalah Dia Tak Malukan Kami – Anak Pak AQ

Apabila kita melakukan kebaikan, orang akan teringat dan hargai jasa kebaikan kita. Itulah yang terjadi kepada keluarga Pak Aq yang telah diselamatkan oleh ustaz Ebit Lew.

Ramai rakyat Malaysia bersedih apabila Ustaz Ebit dipanggil polis untuk memberikan keterangan selepas memberi derma di Kedah yaitu keluarga Pak AQ. Netizen memberikan komen kata semangat dan akan menyokong ustaz ebit.

Nor Saadiahton Ishak mempertahankan Ustaz Ebit Lew, dalam keterangan nya bersama wartawan harian metro “Ustaz tak bersalah, beliau menyantuni kami sekeluarga dengan baik dan kami tidak rasa pun dia aibkan keluarga kami yang sememangnya dari dahulu berkeadaan begitu.

Dia sangat sedih apabila mendapat apabila mendapat tahu pendakwah terkenal Malaysia, Ustaz Ebit Lew tidak akan lagi membantu golongan miskin di Malaysia secara langsung sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan selepas pulang berjumpa polis memberi keterangan di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Jika ustaz ebit dipanggil polis kerana menolong mereka sekeluarga, dia sangat berharap Allah membuka jalan rezeki yang lebih luas untuk Ustaz Ebit Lew membantu golongan yang yang memerlukan selepas ini.

Sedarlah, kerana Ustaz ke rumah Pak Aq telah memberikan sinar baharu untuk mereka sekeluarga berubah, kenapa lah sanggup membuat laporan kerana tidak berpuas hati atas tindakan Ustaz.

Keluarga Pak Aq hargai setiap bantuan yang diberikan oleh lembaga zakat negeri, penduduk kampung dan hali jawatan kuasa masjid. Bantuan yang diberikan sangat banyak dan mereka sekeluarga bersyukur dengan pertolongan semua pihak. Ustaz Ebit Lew datang ketika mereka sekeluarga mahu berpindah daripada pondok buruk tersebut.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*