Anak Nak Jadi Seperti Ustaz Ebit, Tak Henti Sebut Nama Ustaz

Sikap dan akhlak yang ditunjukkan oleh Ustaz Ebit Lew meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarga Pak AQ. Bahkan setelah ustaz ebit lew melawat keluarga Pak Aq, mereka berharap dapat bertemu lagi dengan ustaz ebit lew kerana dahagakan nasihat dan kata kata semangat daripada ustaz.

Semenjak berjumpa dengan ustaz Ebit Lew anak saudara sendiri tidak pernah lekang menyebut nama ustaz ebit lew, mereka berulang kali berkata mahu ke sekolah dan jadi seperti ustaz apabila dewasa kelak.

Mereka sudah lali di hina orang, tetapi kehadiran ustaz ebit telah memberi sinar kepada keluarga untuk menjadi insan yang lebih baik. Keluarga Pak AQ mendoakan semoga ustaz tak putus asa dan percayalah lebih ramai di luar sana masih memerlukan ustaz

Keluarga pak aq atau lebih dikenali sebagai Pak Ishak sebelum ini tinggal di sebuah rumah daif di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, Alor Setar sejak sekian lama. Tetapi telah mendapat rumah baharu setelah diberikan pertolongan oleh ustaz. Mereka berjaya dipujuk oleh ustaz Ebit lew untuk berpindah ke kediaman baharu yang lebih selesa di Lorong Fajar, Jalan Sultanah di Alor Setar.

Ustaz, jangan give up. Lihat lah keluarga cucu pak aq sendiri nak jadi macam ustaz. Perbuatan ustaz telah menyebabkan kami ada semangat baru untuk menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*