Niat Nak Prank Ibu, Tapi Akhirnya Bertukar Duka

Bulan puasa ini ramai yang seronok dapat makan sahur dan berbuka bersama keluarga tersayang, ada yang cuba masak resepi baru, ada yang cuba tolong menolong, ada lelaki yang tak pernah buat kerja tapi tetiba tolong bersama. Maklum lah musim PKP ini banyak masa bersama keluarga tercinta.

Perkongsian lelaki bernama omar faayiz di twitter telah menjadi viral apabila cuba melakukan prank kepada ibunya. Sangat cute prank yang cuba dilakukan oleh omar.

Pukul 2.30 pagi bangun dan masak nasi goreng, nasi goreng telah disimpan dalam rice cooker untuk prank ibu. Supaya ibu terkejut mendapati nasi yang telah siap digoreng penuh dalam rice cooker. Prank ini bagaimanapun bertukar arah apabila bertukar duka.

Lain yang dirancang lain pula yang berlaku, apabila semua orang dah habis makan sahur. Dia dikejutkan tetapi malang tak berbau apabila bangun sahaja nasi dah habis dimakan.

UPDATE: Semua orang dah habis makan sahur. Aku dikejutkan, tapi malang kan tak berbau sebab dia pakai deodarent aku tak bangun. Jadi bangun bangun nasi habis Loudly crying faceLoudly crying faceLoudly crying faceLoudly crying face aku hanya makan sehelai sepinggang roti gardenia. Aku yang terkejut sebab menyesal tak makan sebelum tidur tadi Loudly crying face

Mak, ayah, adik aku kata sedap gila Loudly crying face lepas tu mak aku kata lahh ingatkan hang dah makan sebab tu kami habiskan. Mana nak tau hang tak makan lagi kejut tak bagi respon Loudly crying faceLoudly crying faceLoudly crying face Dahlah semua orang, Nawaitu sauma ghadin an adai fardhi shahri ramadana hazihis sanati illahi taala.

Walau bagaimanapun prank masak nasi ini sangat cute dan menyebabkan si ibu boleh bertambah sayang kepada si anak. Selamat berpuasa semua

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*