Jangan Kedekut Bagi Kucing Makanan

Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Di waktu inilah amalan kita perlu gandakan dan cuba penuhkan diri dengan beramal.

Dalam dunia, kita semua berkongsi kehidupan dengan makhluk lain, manusia, jin, haiwan, ikan di laut. Makhluk mata kasar yang kita boleh lihat adalah binatang.

Kita dan binatang saling memerlukan satu sama lain, sebagai contoh kucing memerlukan kita untuk mendapatkan makanan manakala kita pula memerlukan kucing untuk mengawal emosi supaya lebih stabil dan lebih ceria. Menyantuni haiwan, memberi mereka makan adalah satu perkara yang sangat mulia.

Sisa makanan seperti ayam dan ikan setiap hari adalah hidangan yang sangat lazat bagi kucing, apa salahnya kita berkongsi sedikit untuk mereka berbanding terus campak sisa itu ke dalam tong sampah

Kucing yang bunting juga sangat memerlukan makanan yang berkhasiat. Mereka juga lemah sama seperti wanita mengandung yang tidak bermaya untuk berdiri dan berjalan.

Di bulan ramadhan ini, alangkah baiknya jika kita berkongsi makanan dengan kucing yang datang ke rumah kita. Perbanyakkan sedekah satu amalan yang mulia, kecintaan kepada binatang akan membentuk peribadi yang mulia.

Anak kecil yang dididik untuk mencintai binatang semasa kecil akan membesar dengan sikap prihatin dan sentiasa mengambil berat.

Beri harapan dan kehidupan untuk binatang kerana akan membuatkan kita bahagia. Kecintaan kepada binatang akan membentuk sikap dan jiwa penyayang.

Anak kecil yang diasuh mencintai binatang akan membesar dengan sikap prihatin dan sentiasa mengambil berat. Apabila ternampak kucing kurus kering di tepi jalan, hati mereka terdetik untuk memberi makanan. Sifat prihatin kepada haiwan ini akan menyebabkan kualiti individu seseorang itu meningkat. Lihatlah bagaimana negara maju menyantuni dan memberi layanan yang hebat kepada haiwan seperti kucing.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*