Maafkan Kami Rakyat Malaysia, Majlis Ulama R0HINGYA

Berita mengenai R0HINGYA baru baru ini telah menimbulkan kesan yang mendalam kepada masyarakat disini dan juga mereka. Banyak pendapat, cadangan juga kritikan dikeluarkan oleh rakyat Malaysia berkaitan isu yang semakin hangat ini.

Terbaru Majlis Ulama R0HINGYA telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang telah dilakukan oleh seorang individu mereka. Pihak mereka telah meneliti setiap tuntutan yang didakwa dibuat individu ROHINGYA tersebut.

Mereka sama sekali tidak menyokong tindakan itu dan menyifatkan tuntutan itu sebagai tidak bertanggungjawab. Disebabkan itu mereka telah membuat satu permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kami memohon kemaafan sepenuh hati kepada semua rakyat Malaysia mahupun kerajaan Malaysia atas kesalahan seorang daripada bangsa Rohingya yang tidak pernah dilantik oleh mana-mana persatuan atau masyrakata Rohingya. Hal itu menunjukkan beliau bergerak secara individu atau mempunyai persatuan sendiri,”.

Tuntutan itu tidak pernah dibincangkan bersama pihak mereka dan juga bersama persatuan R0HINGYA yang lain. MUR turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat malaysia kerana telah memberi sokongan kepada bangsa R0HINGYA di Malaysia. Sumbangan Malaysia kepada R0HINGYA amat dihargai oleh mereka.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*