Najib Terharu Dapat Hadiah Buku Dari Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew merupakan seorang pendakwah yang mengikut jalan kerja jemaah tabligh, sentiasa baik dengan orang tak kira bangsa, agama mahupun berbeza parti. Sebab itulah kita dapat melihat ustaz ebit lew selalu berjumpa orang terkena seperti alif syukri, sajat dan juga dari kalangan pemerintah ustaz ada berjumpa marina mahathir.

Terbaru Datuk Seri Najib Razak memuat naik hadiah yang telah diterima oleh ustaz ebit lew, hadiah yang diterima merupakan buku tulisan ustaz menulusuri cinta. Umum mengetahui buku ustaz adalah best seller di pasaran dan ramai yang membeli buku ustaz untuk mendapatkan motivasi diri, menambah kasih sayang keluarga dan menjadi insan yang lebih berguna.

Dalam tangkap layar yang dimuat naik oleh Datuk Najib, telah memberi semangat kepada ustaz ebit dan juga mengingatkan bahawa Allah menyayangi orang baik yang melakukan ketaatan kerana Allah.

Di dalam facebooknya ditulis “Terima kasih Ustaz Ebit Lew atas hadiah bermakna ini. Berbuat baik ini kadangkala penuh dugaan. Allah sayang Ustaz sebab itu Ustaz diberi ujian sebegini.

Yakinlah, ramai di luar sana menyokong kerja-kerja Ustaz Ebit. Dan kerja-kerja ini adalah untuk kebaikan. Ujian dalam hidup hanya kerana Allah sayang. Kita semua menuju perkara yang sama iaitu keredhaan Allah SWT. Teruskan kerja-kerja, Ustaz.

Sukar untuk mencari ustaz yang berani, bahkan menyayangi semua orang. Dakwah lemah lembut walau dicerca tetap kehadapan menolong orang susah seperti ustaz ebit lew. Moga Allah panjangkan umur ustaz untuk membuat dakwah, moga ustaz istiqamah dalam buat kerja dakwah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*