Bangladesh Diminta Untuk Menerima R0HINGYA Ke Negaranya Oleh PBB

Sebelum ini bangladesh telah menyekat kemasukan R0HINGYA ke dalam negara mereka melalui darat laut ataupun darat. Oleh kerana dekatnya myanmar dan bangladesh hanya sebelah menyebelah ramai daripada mereka telah melarikan diri ke negara itu, PBB telah menggesa negara bangladesh untuk menerima pelarian R0HINGYA ke dalam negara mereka.

Ramai negara telah menyekat kemasukan rakyat daripada luar seperti Malaysia yang telah menyekat kemasukan mereka baik daripada jalan darat, laut, mahupun udara. Sebelum ini 2 bot sarat dengan pelarian telah diminta untuk beredar ketika cuba memasuki lautan Malaysia bekalan makanan telah diberikan kepada mereka atas dasar kemanusiaan

Michelle bachelet memberikan amaran akan berlaku tragedi  jika kapal berisi pelarian itu tidak dibantu dengan segera, Oleh itu telah meminta bantuan Bangladesh untuk menerima pelarian selepas negara mereka tidak bersedia menerima pelarian. Beberapa puluh R0HINGYA dikatakan tidak dapat diselamatkan selepas 2 bulan terkandas di laut.

Pelarian telah memilih malaysia sebagai tempat untuk berlindung kerana negara ini mesra muslim dan juga antara negara yang suka membantu orang susah, tapi pertolongan kita ada hadnya terutama waktu PKP ini. Rakyat Malaysia sedang berada di dalam keadaan yang sukar, ramai rakyat Malaysia sendiri tidak dapat makan ketika ini oleh kerana tidak dapat bekerja.

Lebih kurang satu juta etnik R0HINGYA  kini berada di DALAM kem pelarian di Bangladesh selepas melarikan diri dari Myanmar, memilih untuk ke Malaysia kerana ini negara majoriti adalah  Islam dengan lebih banyak peluang pekerjaan

Kalau sebelum ini rakyat Malaysia mengalu alukan kehadian mereka ke negara ini atas dasar kemanusiaan dan juga ingin menyelamatkan diri akidah mereka di Myanmar, tapi hanya kerana beberapa individu R0HINGYA netizen telah meminta mereka pulang ke negara asal atau mencari negara lain untuk berlindung.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*