Najib Akhirnya Bersuara Isu R0HINGYA, Mereka Dari Bangladesh Bukan Myanmar

Umum mengetahui, isu yang tengah hangat diperkatakan sekarang ini adalah kemasukan R0HINGYA ke dalam Malaysia. Kenapa mereka memilih Malaysia dan kenapa tidak memilih negara lain seperti bangladesh, indonesia atau thailand?

Menurut maklumat yang diterima daripada posting Dato Najib, mereka yang cuba datang ke Malaysia bukannya berasal daripada Myanmar, tetapi adalah pelarian yang duduk di negara bangladesh. Seramai 1.3 juta orang telah melarikan diri daripada myanmar dan berlindung di negara asia.

Situasi pelarian R0HINGYA sekarang adalah berlainan berbanding situasi dahulu. Kalau dahulu mereka lari untuk menyelamatkan diri ke Malaysia tetapi sekarangbot-bot pelarian ini bukan berasal dari Myanmar dan ianya bukan kerana pertem puran yang berlaku sekarang. Mereka pada ketika ini berasal dari kem pelarian Cox Bazar di negara Bangladesh.

Isu antara kerajaan Myanmar dengan etnik R0HINGYA lah berakhir pada tahun 2017 selepas majoriti dari pada mereka telah meninggalkan Myanmar dan ditempatkan di kem pelarian Cox Bazar yang dikendalikan oleh UNHCR.  Dianggarkan bahawa jumlah etnik Rohingya di Myanmar hanya 400,000 orang lagi.

Sebab itu, cara penyelesaian kaum ROHINGYA untuk situasi masa kini adalah jauh berbeza berbanding masa dulu. Dengan membenarkan mereka datang ke Malaysia pada masa kini seolah olah menghantar isyarat bahawa bot-bot pelarian R0HINGYA yang berasal dari Bangladesh akan diterima tanpa syarat sehingga ramai lagi daripada mereka akan datang ke Malaysia. Mahukah anda 1 juta daripada mereka datang ke Malaysia?

Jika masalahnya ialah keadaan di Cox Bazar kurang baik maka Malaysia bersama negara-negara lain dalam dunia boleh menolong. Jika masalahnya ialah etnik R0HINGYA bimbang tentang keselamatan mereka tidak terjamin apabila mereka pulang ke Myanmar, maka PBB perlu mencari jalan dengan berunding dengan kerajaan Myanmar.

Kalau kerajaan Malaysia kini membenarkan 1000 orang masuk, lagi 100,000 akan turut serta untuk memasuki negara Malaysia. Dulu mereka mahu lari untuk selamatkan diri tapi situasi sekarang mereka mahu masuk ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Sebab itu satu pendekatan baru perlu diambil

Bermula akhir tahun 2014, semakin banyak bot-bot pelarian dari Myanmar sedang menuju ke Malaysia dan negara kita pula dikecam di dalam dan di luar negara masa itu kerana tidak menerima bot-bot tersebut pada masa itu.

Masa itu, kerajaan bertegas untuk tidak ambil lagi ramai bot-bot pelarian Rohingya dan kita dikecam di seluruh dunia termasuk NGO-NGO tempatan. Sebab itu kerajaan dahulu terpaksa membuat perhimpunan bantah ke g4nasan yang besar pada masa itu kerana masalah Rohingya menjadi lebih besar sejak akhir tahun 2014,

Kita mahu penyelesaian lebih muktamad dan menyeluruh – bukan sekadar menerima pelarian Rohingya setiap kali kerajaan Myanmar memulakan pembasmian seperti sebelum ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*