Gambar Lama Ustaz Ebit Lew, Dan Kisah Keislamannya

Selepas kisah ustaz ebit lew membantu front liner, orang miskin dan orang tiada rumah ketika pkp tersebar luas sehingga videonya sahaja ditonton oleh lebih 11 juta rakyat Malaysia. Mungkin ada yang tertanya tanya kenapa ustaz ebit lew baik sangat, kemana dia belajar sehingga dakwahnya begitu lembut dan sampai ke hati.

Apa yang saya akan tulis adalah berdasarkan ceritanya sendiri di dalam koleksi ceramahnya. Ketika ustaz berusia 12 tahun, dia telah bertemu orang tabligh yang datang berdekatan rumahnya. Akhlak orang tabligh sangat mulia, makan bersuap, bercakap dengan lembah lembut dan sopan santun menyebabkan ustaz terlalu sayang pada mereka. Hinggakan ketika jemaah tabligh sudah habis 3 hari, ustaz lambai selamat tinggal dari jauh. Mereka berada di bawah dan ustaz telah panjat ke atas bukit untuk mengucapkan selamat tinggal kerana bimbang menangis kerana terlalu sedih dah tak dapat jumpa manusia sebaik orang tabligh.

Dipendekkan cerita, dia telah memeluk islam dan dia pernah menangis di dalam kelas apabila salah seorang guru matematik disekolahnya menceritakan tinggal sahaja satu waktu solat akan berada 80 tahun di ne raka, 1 hari bersamaan 1000 tahun di dunia.

Ustaz telah berazam untuk sampaikan islam, ketika di rumah ustaz ebit lew telah mengikut cara yang dianjurkan jemaah tabligh yaitu membaca kitab fadhilat amal atau dikenali sebagai program taalim di rumah. Ustaz telah membawa adik perempuannya masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu lalu membaca kitab itu, dalam beberapa minggu kemudian dia terlupa untuk mengunci pintu di rumahnya.

Ibunya telah masuk dan berkata pada ustaz ebit, boleh tak ajar mama tentang islam? Boleh tak ajar mama mengenali Allah. Ibunya telah masuk islam pada hari itu juga. Tak sampai tempoh 6 bulan ayahnya juga menangis duduk di depan ustaz ebit lew untuk mengajarnya tentang islam dan mengenali Allah. Subhanallah sekarang ini 6 daripada 12 adik beradik ustaz juga telah memeluk islam.

Pihak polis pernah datang ke sekolah ustaz ebit sebabnya dakwah ustaz di sekolah. Ketika cikgu bermesyuarat ustaz telah menggunakan peluang itu untuk bertemu kawan kawan di setiap kelas di sekolah, mengajak mereka kepada islam. Bahkan ketika keluarga jirannya sedang buat pesta mabuk, dia telah mengajak mereka kepada islam dan berjaya membawa kawan kepada islam. Ada yang kekal dengan keislaman mereka tetapi sedih ada yang telah keluar dari islam.

Ustaz ebit lew selalu keluar jemaah tabligh, bermacam cabaran pernah dihadapi, pernah dihalau dan juga dipukul. Pernah sekali patah jari kelingking sebab itulah kekuatan hati ustaz ebit lew tak mudah luntur. Ketika usia 15 tahun dia telah diuji dengan kemiskinan.

Sedih kalau dengar kisah dakwah Ustaz Ebit ni. Mula berdakwah pada masa umur 12 tahun. Sepanjang berdakwah pernah kena tombuk di muka smpi berdarh2, pernah jari kemek terkepit pintu asbab orang hempas daun pintu masa dia sedang asyik berdakwah, pernah org kncing ramai2 dalam cebok & mandikan dia dengan air kencng tu. Allahu, tak tergambar. Perjuangannya penuh mehnah. Melihat beliau, benar benar mengingatkan kepada baginda Rasulullah SAW. MasyaAllah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*